Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ganjaran RM100,000 Jika Ada Maklumat Penemuan Kevin Morais - Keluarga Mangsa

15 Sep 2015


KUALA LUMPUR: Keluarga kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Anthony Kevin Morais yang hilang sejak seminggu lalu menawarkan ganjaran RM100,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang mangsa sehingga membawa kepada penemuannya.

Adik mangsa, Charles Morais mendakwa tindakan polis membuat siasatan kehilangan abangnya amat perlahan dan membuatkan seluruh keluarga hilang sabar.

"Saya terkejut mengapa polis mengambil masa empat hari hanya untuk menyemak rakaman CCTV melihat bagaimana adik saya hilang.

"Mereka juga berkata  akan mengambil masa seminggu untuk menentukan jika kereta yang terbakar adalah milik Kevin tetapi masih tiada jawapan," katanya memetik mStar.

Charles juga akan mempertimbangkan mengupah penyiasat persendirian yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk merungkai misteri kehilangan Kevin.

"Saya tidak kisah apa yang polis fikir. Saya hendak mencari abang saya dan saya akan menggunakan segala sumber yang ada untuk mencari dia dan mengesan penculik," kata Charles, sambil menambah bahawa percubaan untuk menghubungi pihak polis dalam kes abangnya tidak berjaya.

Kevin dilaporkan hilang sejak 4 September lalu ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki Proton Perdana bewarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "