KUALA LUMPUR, 13 Sept — Satu kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadualkanbakal berlangsung pada 16 September ini telah mengadakan konvoi motosikal di sekitar bandar Kuala Lumpur semalam bagi membuktikan demonstrasi yang bakal diadakan oleh mereka adalah demonstrasi yang aman.
Pengerusi Sekretariat NGO Selangor, Datuk Jamal MD Yunos mengetuai konvoi yang dilaporkan disertai oleh 1,000 peserta di jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dari jam 3 hingga 6 petang. Kovoi terbabit melalui jalan Chow Kit, Dataran Merdeka dan Bukit Bintang, lapor Malay Mail Online.
"Kami sokong kerajaan yang memerintah sekarang dan menolak perhimpunan yang diadakan sebelum ini oleh pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui protes jalanan. Tindakan mereka tidak menghormati negara ini", kata Jamal.
"Kami tahu undang-undang negara dan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain, dan ia(konvoi) berjalan dengan aman", tambahnya. - Siakapkeli.my