Apakah Hukum Menggabungkan Niat Qurban Dan Niat Aqiqah
Sudah pasti ramai antara kita umat Islam tertanya-tanya apakah hukumnya kita menggabungkan niat ibadah Qurban Aidiladha sekali dengan niat Aqiqah.
Perkara ini telah di jawab oleh Ustaz Hazri Hashim Al Bindany melalui laman Facebooknya selepas ditanya oleh seorang Hamba Allah mengenai hukum melakukan perkara ini.
Hamba Allah berkenaan bertanya kepada Uztaz Hazri "Bolehkah dalam niat Qurban disetakan sekali dengan niat Aqiqah?"
Berikut adalah jawapan Ustaz Hazri Hashim Al Bindany:
Mazhab Syafie dan Maliki serta satu pendapat mazhab Hambali tidak boleh gabung niat akikah dan korban pada seekor kambing..
Dalam kitab Tuhfah dan al-Fatawa al-Kubra, Ibn Hajar al-Haitami menyatakan bahawa: "Jika seseorang itu berniat ibadah korban dan akikah ke atas seekor kambing sekali gus maka kedua-duanya dianggap sebagai batal." Ini kerana korban dan akikah mengandungi makna sunat yang tersendiri.
Boleh berkongsi akikah dan korban pada seekor lembu, unta dan kerbau dengan mengambil satu bahagian akikah dan satu bahagian yang lain pula untuk korban dari tujuh bahagian pada binatang-binatang tersebut.
Khatib al-Syarbini menfatakan : "seekor unta atau lembu yang hendak dijadikan korban atau akikah boleh dikongsi bersama tujuh orang. Namun, kambing dan biri-biri tidak boleh dikongsi."
Berkata Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’; “Jika disembelih seekor lembu atau unta untuk tujuh orang anak/bayi atau berkongsi pada lembu/unta itu sekumpulan orang, harus hukumnya sama ada semua mereka mengingini aqiqah atau sebahagian mengingini aqiqah dan sebahagian lagi inginkan dagingnya sahaja”.
- Siakapkeli.my