Chile - Seorang kanak-kanak dua tahun terhutang budi dengan seekor anjing, Reina, yang menyusu kanak-kanak tersebut ketika kanak-kanak itu ditinggalkan oleh ibunya sendiri.
Memetik laporan dari Stomp, anjing bunting berkenaan memberi susunya kepada kanak-kanak tersebut ketika kanak-kanak itu dalam keadaan lapar tanpa sebarang makanan dan minuman.
Ibu kepada kanak-kanak tersebut dikatakan meninggalkan anaknya itu dalam keadaan itu selepas mabuk.
Kanak-kanak itu dilihat menyusu dari anjing milik jirannya itu di sebuah bengkel kereta berdekatan dengan rumahnya pada Khamis.
Polis dipanggil ke tempat kejadian dan kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Regional Dr. Juan Noé, dimana dia diadapati kekurangan zat makanan.
Menurut jiran, ibu kanak-kanak itu muncul semula dalam keadaan mabuk ketika kanak-kanak itu di hospital.
Kini, kanak-kanak itu dijaga sementara di rumah kebajikan tempatan setelah dibebaskan di hospital
Kanak-kanak tersebut dijumpai tanpa sebarang pakaian. |
Reina, anjing yang menyusukan kanak-kanak itu. |
Kawasan tempat tinggal kanak-kanak berkenaan. |