Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Amritsar Dan Jaipur, Senarai-Senarai Lokasi Yang 'Super Cantik' Tapi Ramai Pelancong Tak Tahu Ada Di India

4 Dis 2018
No Comment

Nagara India kini menjadi trend sebagai lokasi perlacongan terbaru rakyat Malaysia, dilihat ramai antara kita menjadikan negara berkenaan sebagai target lokasi percutian terutamanya Kashmir selepas terpengaruh dengan kecantikannya yang menjadi latar belakang filem Bollywood terkenal, Bajrangi Bhaijaan.

Kashmir digambarkan sebagai kawasan pergunungan yang amat cantik dengan pokok-pokok pine tumbuh di lereng-lereng bukit dengan salji meliputi bahagian atas gunung, seolah-olah berada di negara Eropah.

Tapi, sebenarnya ramai tak tahu sebenarnya terdapat banyak lagi lokasi-lokasi menarik yang pasti menjadi buruan pelancong yang pergi India yang ramai antara kita tidak tahu kewujudan tempat-tempat menarik di sana selain Kashmir.

Lokasi-lokasi ini sebenarnya mempunyai jaringan perjalanan terus penerbangan dari Malaysia melalui syarikat penerbangan tambang murah AirAsia x.

Kali ini, kami memilih untuk senaraikan dahulu lokasi-lokasi menarik yang ada di dua kota hebat di India ini iaitu Jaipur yang terletak di Rajasthan dan Amritsar "The Golden City" yang terletak di Punjab.

Apa yang menarik dengan tempat-tempat ini? Tahukah anda, di dua kota ini bagaikan syurga bagi pelancong, mereka yang inginkan pengalaman yang berbeza, inilah lokasinya di mana terdapat pelbagai pesta sepanjang tahun.

Jom kita usha sikit apa yang ada.

Jaipur

Jaipur "The Pink City" , Dirancang oleh Vidyadhar Bhaacharya, Jaipur memegang peranan sebagai "bandar raya terancang yang pertama di India. Terkenal di seluruh dunia untuk permata berwarna, ibu kota Rajasthan menggabungkan sejarah kuno dengan semua kelebihan metropolis dan Jaipur adalah salah satu daripada tiga sudut segitiga emas yang meliputi Delhi, Agra dan Jaip.

Kredit Foto: The Independent

Cerita ini berlaku pada tahun 1876, Prince of Wales melawat India. Warna merah jambu adalah simbol perhotelan, bermula dengan itu Maharaja Ram Singh dari Jaipur telah melakar seluruh bandar dengan warna merah jambu. Warna merah jambu meliputi bandar ini membuat panorama pemandangan sungguh luar biasa untuk dilihat.

Jaipur bangkit dengan bangga dengan latar belakang benteng-benteng Nahargarh, Jaigarh dan Garh Ganesh Temple.Jaipur menceritakan semula asal-usulnya pada tahun 1727 apabila ia ditubuhkan oleh Jai Singh II, Raja Amber.

Kemana harus anda pergi jika ke Jaipur dan Amritsar?

Jaipur

Lokasi Membeli belah.

Jaipur adalah syurga membeli belah, lokasi yang dicadangkan adalah Rajasthali, Johari Bazaar, MI Road, Nehru Bazaar, Bapu Bazaar, stall di Bari dan Chaupur. Pada hari Ahad, kebanyakkan kedai ditutup.

Johari Bazaar    Foto: naukrinama.com

Binaan dan Bagunan.

1. Amber Palace (Beautiful Melange of Architecture)


2. City Palace (Abode of The Royals)


3. Hawa Mahal (Jaipur's Magnificent Iconic Landmark)


4. Birla Tample


5. Panna Meena Ka Kund


6. Albert Hall Museum


7. Jal Mahal


8. Vidyadhar Garden


9. Belon Panas



Perayaan dan pesta

1. Kita Festival (Pesta Layang-Layang) Jan 14, 2019 – Jan 16, 2019


2. Gangaur Festival. (Mar 21, 2019 – Apr 8, 2019)


3.Teej Festival (Haryali Teej: 13 August, Kajari Teej: 29 August, Hartalika Teej: 12 September)

Foto: Newsinnet

4. Dhulandi Festival. (Mar 20, 2019 – Mar 21, 2019)

Foto: ForHINDU

Amritsar

Amritsar adalah sebuah bandar di negeri barat laut India Punjab, 28 kilometer dari sempadan dengan Pakistan. Di tengah-tengah bandar lama yang berdinding itu, Candi Emas emas (Harmandir Sahib) adalah gurdwara paling suci (kompleks agama) agama Sikh. Ia terletak di penghujung tambak, dikelilingi oleh tangki Amrit Sarovar (tasik) yang suci, di mana para penganutnya mandi.


Bandar ini terletak di Negeri Punjab, Utara India di mana musim panas April - Ogos dan sejuk pada November - Mac.

Ia merupakan lokasi yang wajib untuk dilawati, keindahan kotanya cukup mempersona, apa yang menarik kota ini memang menjanjikan 1001 kenangan kerana di sini terdapat lebih banyak pesta atau perayaan berbanding di Jaipur selain lokasi untuk lawatannya.

Kemana harus anda pergi jika ke Amristar?

Lokasi membeli belah

Antara lokasi membeli belah di sini adalah Lawrence Road, Focal point, Guru Bazaar dan Kapda Bazaar.

Lawrence Road

Binaan dan Bagunan

1. Golden Tample


2. Jallianwala Bagh


3.  Sri Takht Keshgarh Sahib


4. Virasat-E-Khalsa


5. Gobindgarh Fort


6. Ram Bagh Garden


7. Khalsa College


Perayaan dan pesta

1. Lohri (13 Januari)


2. Mela Maghi (13 - 14 januari)


3. Hola Mohalla (28 Februari)


4. Holi Festival (2 March)


5. Baisakhi (13 April)

Kredit: Pebbles Tamil 
 6. Teeyan Festival (13 Ogos)


7 . Dussshera (19 Oktober)



8. Diwali (7 November)


9. Ram Tirath Mela (1-5 November)

ttnotes.com

Dan banyak lagi, kalau nak senaraikan memang banyak lagi, cuma cakap memang berbaloi kalau pergi ke dua-dua tempat ini, lagi pun AirAsia X kini memang ada penerbangan terus ke sana tanpa perlu transit ke mana-mana tempat lain di mana Air Asia ada promosi tiket murah ke sana bermula 3 Disember. Tempoh tempahan bermulu 3 Disember hingga 9 Disember 2018 untuk tempoh percutian bermula 3 Disember hingga 5 May 2019 dengan harga runtuh sebanyak hanya RM329 untuk BIG Member Air Asia.

Selain itu kalau korang nak kena sana, jangan pening-pening kepala untuk apply visa, apply jer visa kat web apply.oevisa.com, apa pun untuk maklumat lanjut tentang visa ini boleh layari www.airasia.com.

Bagi memudahkan segalanya aktiviti korang kat sana, rancang perjalanan di travel360, comfirm segala halatuju korang di sana akan terancang dengan lokasi-lokasi menarik ini tidak akan terlepas untuk dilawati.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "