Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tak Boleh Perbaharui Cukai Jalan, Jika Tak Tukar Beg Udara Takata", 8 Terkorban, Menteri Pengangkutan Seru Rakyat Malaysia Tukar Segera

3 Jun 2018
4 ulasan

Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke menyeru seluruh rakyat Malaysia yang memiliki beg udara jenis Takata untuk menggantikannya bagi mengelakkan korban nyawa berlaku terutama pada musim perayaan ini.

Kematian lapan rakyat Malaysia telah dikaitkan dengan beg udara jenis ini dan lebih daripada 70,000 pemilik kereta di Malaysia masih tidak menukar beg udara mereka.  Loke berkata, "lebih 70,000 'bom kereta' bakal meletop bila-bila masa saja, kerajaan perlu mengambil langkah drastik untuk membendung perkara ini kerana nyawa lebih penting daripada segalanya."

Pemilik kereta dengan beg udara Takata akan dikenakan hukuman dengan cara dihalang daripada memperbaharui cukai jalan.

Dalam kes terbaru, beliau berkata serpihan 2 sentimeter daripada beg udara tersebut tertusuk dibahagian leher kiri pemilik kereta beg udara Takata selepas keretanya terhempas mengenai sebatang pokok.

Loke turut memberitahu bahawa, 28 notis pemberitahuan untuk menukar beg udara tersebut telah dihantar kepada keluarga mangsa tetapi sayangnya notis tersebut tidak diterima kerana mangsa tidak mengemas kini alamat terbarunya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan.  Surat terakhir itu bertarikh 22 Mei, lima hari sebelum kemalangan itu berlaku.

"Sejak 4 tahun lalu kempen kesedaran tidak mencukup dan tidak berkesan," kata Loke. 

Beliau dalam temubual itu berkata bahawa beliau akan bertemu pengeluar kereta terbabit minggu hadapan untuk membincangkan langkah yang selanjutnya.

Tahun lalu, Takata mengaku bersalah di mahkamah AS serta bersetuju membayar lebih daripada 1 bilion dolar penalti kerana menyembunyikan 'kecacatan' tersebut.

Siakapkeli.my

Sumber: Anthony Loke Siew Fook
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. Buat yang suka bola, mari daftar di agen judi bola online
    www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "