Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Kami Sudah Kehilangan Arah Untuk Merawatnya'', Diejek Sebagai Makhluk Asing Kerana Miliki Kepala Besar Dan Mata Memanjang Ketepi

2 Jun 2018

Lahir dengan fizikal berbeza bukan sesuatu yang dipintanya. Anshu Kumar, 21, menjadi mangsa herdikan penduduk setempat disebabkan rupa paras 'bukan manusia' yang dimilikinya. Malah, dunia perubatan juga buntu untuk merungkai misteri yang terjadi kepada Kumar.


Doktor cuma boleh mengagak bahawa pemuda yang berasal dari Jagatpur, India ini menghidapi pelbagai penyakit yang tidak dapat dijelaskan melalui diagnosis, membuatkan Kumar terpaksa menjalani kehidupan dengan mengusung kepala yang besar dan mata memanjang ke tepi, persis watak makhluk asing.

Keadaan fizikalnya, yang mungkin menghidap sindrom Jacobsen, juga menyebabkan Kumar sukar untuk berjalan dan berdiri secara normal selain tidak mempunyai rambut.


Dengan pendapatan sebanyak RM 264 sebulan hasil daripada membanting tulang sebagai buruh, Kumar nyata tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan lebih moden bagi mengatasi penyakit aneh yang dihadapinya.

Justeru Kumar mengharapkan pihak kerajaan India sudi menghulurkan bantuan agar dia tidak lagi menderita dengan keadaan yang dialaminya.

''Saya kelihatan berbeza. Tiada sesiapa pun yang suka dengan fizikal ini. Saya mahu menjadi normal dan berkahwin,'' luah Kumar kepada media.


Kumar turut berkongsi bagaimana dia dilayan oleh masyarakat sekeliling dengan penampilan luarannya.

''Saya terpaksa berhadapan dengan ejekan orang ramai apabila fizikal saya disamakan dengan watak makhluk asing, Alien daripada sebuah filem Bollywood.

''Apabila saya menggunakan kereta api untuk pulang ke kampung, orang ramai terutamanya kanak-kanak merasa takut dan menjauhkan diri daripada saya.

''Saya tidak mempedulikannya tetapi saya manusia biasa, tidak mampu untuk memekakkan telinga setiap masa.



''Saya merasakan nasib saya sangat malang. Saya cuma mengharapkan tubuh fizikal yang normal,'' luah Kumar lagi.

Ayah Kumar, Kamlesh, 46, yang meraih pendapatan sebanyak RM 793 juga sebagai buruh turut berkongsi kelahiran Kumar yang tidak normal sejak kecil lagi.


''Kumar dilahirkan dengan keadaan fizikal yang berbeza. Kami membawanya berjumpa dengan doktor tempatan namun hampa kerana mereka gagal memberikan jawapan.

''Kami sudah kehilangan arah untuk mencari penawar kepada penyakitnya,'' katanya.

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "