Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Lupa Kemas Kini Akaun Tabung Haji Anda, Tarikh Akhir Dah Dekat Kalau Tak Akaun Anda Mungkin Dianggap Tidak Aktif

2 Jun 2018
3 ulasan

Lembaga Tabung Haji (TH) pada 30 Mei yang lalu telah mengeluarkan satu siaran akhbar untuk mengingatkan pendeposit TH mengenai keaktifan akaun yang dimiliki mereka.

Melalui kenyataan yang sama, TH menegaskan bermula 9 Jun ini, akaun pendeposit TH yang tidak aktif dalam tempoh 7 tahun akan dipindahkan ke kumpulan 'Akaun Tidak Aktif'. Selain itu, bagi pendeposit TH yang akaunnya dipindahkan ke Akaun Tidak Aktif, mereka TIDAK akan menerima agihan Hibah tahunan ataupun Hibah Haji mulai tahun 2018.

''Inisiatif pengelasan ‘Akaun Tidak Aktif’ ini sebagai langkah keselamatan serta melindungi akaun pelanggan daripada sebarang transaksi yang mencurigakan,'' kata kenyataan itu.

Pihak TH dalam pada itu memberitahu bahawa mereka hingga kini mereka telah mengenal pasti hampir 500 ribu akaun pendopesit TH yang tidak aktif, membabitkan simpanan sebanyak RM 62.8 juta.



''Para pendeposit boleh mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu (1) aktiviti transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi atas talian rakan strategik TH - Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank; dan membuat urusan simpanan di pelbagai saluran Ejen Kutipan TH sebelum 8 Jun 2018 di seluruh negara,'' berdasarkan petikan kenyataan media itu lagi.

TH pada masa yang sama turut meminta pendeposit TH untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka bagi memudahkan urusan TH untuk menghubungi pendeposit dalam hal-hal melibatkan tawaran menunaikan haji dan pengurusan harta oleh waris.

Sekiranya pihak TH gagal menghubungi pendeposit TH akibat maklumat peribadi yang tidak dikemaskini, mereka berkemungkinan boleh terlepas giliran haji dan perlu menunggu tawaran seterusnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) TH di 03-6207 1919.

Sumber : Lembaga Tabung Haji
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "