Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bonda Sultan Johor Enche Besar Khalsom Abdullah Mangkat

2 Jun 2018
2 ulasan

Bonda Sultan Johor, Yang Amat Mulia Enche Besar Khalsom Abdullah, di laporkan telah mangkat di usia 83 tahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh laman web rasmi Facebook JOHOR Southern Tigers sebentar tadi yang menyatakan ucapan takziah kepada seluruh kerabat Johor.

“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 1hb Jun 2018. Al-Fatihah,” memetik kenyatan di laman tersebut.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Istana Johor atau Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim, berhubung perkara itu.

Sementara itu, BERNAMA memetik pengesahan disahkan Johor Royal Press Office (RPO) sebentar tadi yang melaporkan, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah, 83, mangkat semalam di London.

"Dukacita dimaklumkan bahawa Enche'Besar Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor telah mangkat di London, kenyataan mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor," menurut kenyataan ringkas RPO.
Almarhum dilahirkan pada 2 Disember, 1935 di Cornwall, England, dan telah memeluk agama Islam bagi mendirikan rumahtangga dengan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail.

Mereka dikurniakan tiga puteri dan seorang putera termasuk Sultan Ibrahim. Ketiga-tiga puterinya adalah Tunku Kamariah Aminah, Tunku Besar Zabedah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Cari agen judi online aman dan terpercaya?
    Daftar disini aja www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "