Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Bila Azan, Dia Berdiri Tegak Dengan Mata Tersembul Sambil Tangan Dikibas-Kibas'', Wanita Ini Kongsi Kisah Ibu Mertua Seram

8 Jun 2018
7 ulasan

Pasti ada yang pernah berdepan dengan pengalaman seram atau mistik. Ada yang tidak mempercayainya sehinggalah mereka mengalami kejadian itu sendiri.

Seorang wanita tampil menceritakan pengalaman seram beliau yang tinggal bersama ibu mertua. Manakan tidak, ada saja kejadian aneh yang berlaku di rumah mereka. Ibu mertuanya juga berkelakuan pelik seperti orang yang 'dirasuk' apabila tiba waktu maghrib dan makan dengan kuantiti yang banyak.

Tidak cukup dengan itu, wanita ini turut diganggu dengan kehadiran lembaga berambut panjang yang sering muncul di bilik tidurnya. Bayangkan anda berada di situasi ini? Pasti sangat menakutkan. Dia juga mengalami gangguan dengan bunyi bising pada waktu malam.

Salam, saya seorang suri rumah takde anak (belum rezeki). Dulu sebelum kahwin saya kerja sebagai kerani. Saya tinggal bersama suami dan mak mertua di sebuha taman di Kuantan, Pahang. Bapak mertua saya meninggal di Kelantan pada tahun 2008 ketika mengubat orang. Suami kata ayahnya sakit jantung. Saya ni pulak anak yatim piatu, ayah dan bonda saya dah lama takde. Saya cuma ada suami dan mak mertua je la sekarang ni..

Suami saya kerja sendiri. Busy memanjang je dia. Masa untuk saya memang tiada. Kalau ada pun sekejap2 je. Saya banyak bersama dengan mak mertua saya la. Saya nak cerita sikit pasal mak mertua saya. Bukan niat nak buruk2kan atau aibkan mak mertua saya, just nak meluahkan je. Kadang2 saya rasa dah nak mental pun ada.

Mak mertua saya ni cantik jugalah orangnya walaupun umurnya sudah hampir 60 tahun. Suami sayalah satu2 anak tunggalnya. Bila didepan suami saya, mak mertua saya berkelakuan seperti biasa. Tapi bila suami saya sibuk diluar. Bulu tengkuk saya mula meremang. Kadang2 saya nak je lari dari rumah. Bukan apa, mak mertua saya ni memang menyeramkan.

Mak mertua saya solat pun tak, tapi bila subuh je dia mesti bangun. Saya bila bangun dari tidur mesti minum air suam dulu kat dapur. Bila nak pergi dapur, saya akan lalu depan bilik mak mertua saya sebab bilik mak mertua saya berdekatan dengan dapur. Saya selalu dengar dia terkumat kamit dalam bilik. Tak berapa jelas pun apa yang dibebelnya. Tapi saya selalu dengar mak mertua kata "menetaplah abadi". Apa yang abadi pun saya tak tau. Saya nak slowtalk dengan suami pasal ni, tapi suami selalu tak layan saya. Tak habis2 cakap, "awak nak kata mak abang jahat la?".

Suami saya kerja petang, balik pagi2 buta. Bila suami saya pergi kerja je. Start la mak mertua saya ambil sikat dan segelas air kosong. Dia pergi duduk depan pintu utama. Dia sikat rambutnya sambil menyanyi lagu siam (lagu ni sangat aneh). Sesekali mak mertua akan celup sikat dalam gelas dan sambung sikat rambut dia. Menitis2 air atas lantai.


Sakit hati saya tengok lantai saya basah, (takut ada yang tergelincir nanti). Kerana sakit hati, saya snap gambar mak mertua tengah sikat rambut dan send kat Whatsapp suami. Suami selalu ubah topik. Bertambah sakit hati saya. Saya pernah tanya mak mertua kenapa dia buat macam ni setiap hari. Mak mertua pandang saya dengan renungan tajam mata merah. Tertunduk saya tak mampu nak balas renungan tu. Cepat2 saya masuk bilik.

Ada sekali tu, saya betul2 terkejut. Saya tengah tidur petang sebab penat uruskan rumah. Saya rasa tidur saya tak lena, saya rasa macam diperhatikan je. Saya celik je mata, mak mertua saya tengah tercegat berdiri depan katil saya sambil tersengih-sengih. Saya pun apa lagi, menjerit la! "Apa umi buat dalam bilik Ana ni?!". Bukan saya menjerit tengking, tapi menjerit terkejut. Mak mertua saya kata dia nak pastikan menantu dia selamat dari ancaman Ifrit dan Kusyroni. Saya sampai sekarang tak faham Kusyroni tu apa benda.

Puas google, tak jumpa. Lepas je mak mertua saya kata macam tu, mak mertua saya keluar bilik perlahan2 sambil kata, "maafkan umi, Zaleha". Saya masa tu nak menangis, nak menjerit, nak ketawa semua ada. Lagipun nama saya bukan Zaleha! Saya pernah tanya suami siapa Zaleha, tapi suami kata tak tahu. Saya pun kurang pasti mak mertua saya panggil saya Zaleha atau Saleha. Sebutan mak mertua saya bukan jelas sangat. Saya pun dah pening dengan semua ni.

Time sebelum azan maghrib adalah time ngeri buat saya. Mana taknya, masa tu la mak mertua saya akan makan gelojoh ya amat. Bukan makan kat meja makan, tapi makan dalam biliknya. Mak mertua bawak 2 pinggan nasi yang sangat banyak dan masuk bilik. Berbunyi2 mak mertua saya makan gelojoh. Apa yang ngeri? Saya selalu dengar suara garau cakap, "mana cukup!!".


Mustahil itu suara mak mertua saya sebab mak mertua saya tengah makan sambil berbunyi "cap cup cap cup". Lepas je makan, mak mertua saya akan berdiri tegak di halaman belakang rumah. Saya bengang jugak dia bukak pintu dapur waktu maghrib, sebab saya takut nyamuk masuk. Bila azan dilaungkan, dia still berdiri tegak sambil matanya cegil macam nak tersembul. Habis je azan, tangannya dikibas2, entah apa yang dikibasnya pun saya tak tahu.

Lepas selesai azan maghrib, mak mertua saya akan masuk bilik, kunci pintu dan padam lampu. Terus senyap tiada bunyi dah. Mak mertua saya sudah tidur. So, mulalah episod gangguan dalam rumah pulak. Lepas maghrib tu, saya selalu dengar macam bunyi orang ketuk tingkap dapur guna kuku, ting! Ting! Ting.

Bila saya pi tengok takde apa2 pun. Bilik tidur saya di main bedroom, dalam bilik saya ada bilik air, saya tengah baring2 atas katil main smartphone, ternampak lembaga rambut panjang cecah lantai berpakaian putih lusuh penuh kesan tanah masuk bilik air saya. Siap hempas pintu lagi. Saya ingat mak mertua saya buat hal lagi. Bila pergi tengok, tiada orang didalam. Tapi dalam bilik air bau hapak dan hanyir sangat2.

Ada sekali tu, waktu malam, saya nak pi basuh kaki diluar rumah (halaman saya ada paip). Masa nak menuju kearah paip, saya tunduk lalu bawah kain yang disidai di ampaian. Lepas basuh kaki, baru saya sedar yang saya tak letak ampaian kat situ dan saya takde sidai kain pun di ampaian. 1 lagi ampaian saya jenis moden, mana boleh lalu ikut bawah. Bila saya pandang keliling, nothing, takde kain pun. Mana datangnya kain yang saya lalu dibawahnya tadi? Ampaian pun elok je ada kat porch rumah. Memang kat porch tu je la saya selalu letak ampaian pun. Saya dah terbayang cik pon dah masa tu.

Lembaga berkain putih lusuh kotor rambut panjang cecah lantai selalu berlegar2 dirumah saya semasa ketiadaan suami. Kadang2 lembaga tu berdiri tegak dibelakang halaman rumah tempat mak mertua saya selalu berdiri masa maghrib. Kalau suami saya tak balik rumah langsung sebab ada kerja kat negeri lain, lagi parah gangguan dia. Siap saya tengah tidur dibalingnya guli atas lantai bilik saya. Berterabur guli banyak2 dalam bilik saya. Siapa main guli dan dari mana datangnya guli banyak2? Takkan mak mertua saya baling pulak.


Buang tebiat ke? Padahal saya dah kunci pintu dah. Terpaksa saya kutip satu2 dan buang dalam tong sampah bilik. Guli2 yang termasuk bawah katil saya, saya tak kutip, lantaklah. Saya pernah terbaca di Facebook yang bunyi guli dirumah bukanlah gangguan mistik. Tapi ianya berlaku kerana perubahan tekanan udara apa entah. Tapi kalau dah dibalingnya guli banyak2 macam ni depan mata, bukan mistik lagi ke ha? Nasib saya takde anak kecik, kalau tak mesti dia makan guli2 tu.

Kes yang ni lagi berat. Masa tu pukul 8 nak ke 9 malam. Saya keluar bilik, saya tengok mak mertua saya pakai telekung sambil tenung tv yang tak dibuka. Dekat sini saya ada 3 persoalan. Pertama, mak mertua saya tak pernah solat, mana pulak dia dapat telekung? Kedua, kenapa mak mertua saya tengok tv yang tak dibuka? Ketiga, mak mertua saya tak pernah keluar bilik pada waktu malam (entah macam mana mak mertua buang air). Saya panggil mak mertua saya, "umi, umi buat apa tu?".


Langsung tak diendahnya. Saya dengan meremangnya terus masuk bilik, saya ambil smartphone saya. Saya keluar balik, mak mertua masih berkeadaan seperti tadi (saya tak nampak muka sebab saya dibelakang mak mertua). Saya terketar2 buka aplikasi camera dan rakam aksi aneh mak mertua saya selama 20 saat. Siap zoom lagi. Lepas rakam saya cepat2 masuk bilik. Saya tengok rakaman tadi, takde pulak orang depan tv dalam video tu. Saya dah seram dah. Saya call suami suruh cepat balik, hantu dh jadi gila saya cakap. Suami kata, saya yang gila. Kecik hati saya suami cakap macam tu.

Pukul 10 lebih, saya keluar bilik, saya tengok dah takde apa2 depan tv, tapi saya tengok pintu bilik mak mertua terbuka luas. Saya dengar bunyi bising kat dapur, saya pergi jenguk dan saya nampak mak mertua tengah bersilat macam orang muda. Mulutnya terkumat kamit sebut nama Kusyroni. Tiba2 pintu utama rumah saya diketuk dengan kuat.

Saya yang ketakutan terus berlari pi bukak pintu. Saya ingat siapalah tadi, rupanya suami saya bersama seorang ustaz. Saya terus peluk suami. Suami kata, "ni abang bawa kawan abang ustaz Syafiq dari Balok. Dia boleh tengok2kan rumah kita ni". Saya menangis2 sambil kata yang masalahnya bukan rumah ni, tapi umi. Saya tunjuk dapur sambil saya lekapkan muka didada suami. Suami suruh saya cari tudung, suruh saya tutup aurat.

Malam tu sangat teruk, mak mertua saya kerasukan, tenaganya macam lelaki! Mengamuk2 dia sambil jerit, "menetaplah abadi!". Setelah berejam2 ustaz ubatkan mak mertua saya. Semuanya beransur pulih. Suami saya tak banyak komen pasal ni. Dia diam je, bila saya cakap pasal ni, dia kata jangan disebut2 lagi. Apa yang ustaz Syafiq beritahu suami saya pun suami saya tak beritahu saya. Lepas kejadian tu, mak mertua saya berkelakuan normal. Gembira saya. Tapi baru2 ni mak mertua saya jadi balik.

Rutin yang dulu, mak mertua buat balik. Benda ni datang balik pada Khamis malam Jumaat. Saya dah puas mengadu pada suami. Suami suruh buat tak tahu saja. Saya dah nak mental dah ni. Gangguan tu datang balik. Lembaga berkain putih lusuh kotor rambut panjang cecah lantai kembali berlegar2 didalam rumah dan diluar rumah saya. Saya taip kisah ni pun dalam keadaan tertekan dan stress. Sekarang ni saya tengah dengar mak mertua saya jerit panggil nama arwah suaminya berkali2 sambil memaki hamun. Saya nak pergi tengok kejap. Bye salam.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 7 ulasan )
  1. Fans^^Bett1nG Judi Online Terpercaya Buruan daftar Yuk ... :)

    BalasPadam
  2. Update Betting : Sbobet, Live Casino, Maxbet, s4bung 4yam, Togel, dll
    minimal dp/wd 50rb.. ayo daftar

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  4. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  5. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam
  6. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  7. "Ingin Bermain Togel Online ?

    Tapi Ngak Tau Bandar Togel Online Yang Bisa Di Percaya ?

    Disini Nih , Kelinci99 Bandar Togel Aman & Live Casio

    Discount Terbesar 4D : 66% , 3D : 59%, 2D : 29%

    Untuk Member Baru Ada Freechips & Bonus Deposit

    Untuk Info Lebih Lengkap : KELINCI99.ORG
    Di Jamin 100% Aman & Terpercaya

    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2 Menit
    Minimal
    Deposit Rp.20.000
    Minimal Withdraw Rp.50.000
    Bet
    Invest Tidak Ada Batas Line

    Minimal Bet 1.000

    Tunggu Apa Lagi ?
    Daftar Sekarang Juga Di : www.kelinci99.casino/link.php?member=ddc"

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "