Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Tingkap Kokpit Pecah, Separuh Badan Pembantu Juruterbang Disedut Keluar Dari Tingkap Kapal Terbang

16 Mei 2018

Pembantu juruterbang pesawat Sichuan Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Isnin lalu apabila dia 'disedut keluar' separuh badan daripada kapal terbang selepas cermin depan di kokpit tercabut.

Kapten Liu Chuanjian telah dipuji sebagai wira selepas berjaya mendaratkan pesawat tersebut secara manual.  Beliau memberitahu media bahawa pesawat itu baru sahaja mencapai ketinggian 32,000 kaki apabila tiba-tiba terdengar bunyi kuat didalam kokpit.

Kejadian itu telah menyebabkan pesawat kehilangan tekanan udara dan suhu yang menurun secara mendadak.

"Tiada tanda amaran. Tiba-tiba, cermin depan retak dan ada bunyi yang kuat. Tiba-tiba pembantu juruterbang disedut keluar separuh jalan menerusi tingkap itu," kata Liu.

Beliau menambah, semua di dalam kokpit terapung di udara dan kebanyakan alat tidak berfungsi.

Beliau juga tidak dapat mendengar radio. Pesawat tersebut bergegar sehinggakan beliau tidak dapat membaca alat pengukurnya.

Pembantu juruterbang yang memakai tali pinggang keledar, berjaya ditarik masuk ke dalam pesawat. Beliau cedera di muka dan pergelangan tangannya terseliuh.

Siasatan tentang punca kejadian sedang dijalankan.  Penerbangan pesawat Airbus A318 itu sedang dalam penerbangan ke Lhasa di Tibet dari bandar Chongqing apabila kejadian berkenaan berlaku.

Pesawat itu mengubah haluan dan melakukan pendaratan cemas di kota Chengdu, China.

Salah seorang penumpang memberitahu, "krew pesawat sedang menghidangkan sarapan apabila pesawat mula bergegar. Kami tidak tahu apa yang sedang berlaku dan terus cemas. Topeng oksigen kemudian jatuh dan pesawat menjunam selama beberapa saat sebelum menjadi stabil semula".

Walaubagaimana pun, kesemua 119 penumpang selamat tanpa sebarang kecederaan.

Siasatan tentang punca kejadian sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku.


Sumber: WTKR, CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "