Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Tangguh Kemoterapi Demi Selamatkan Kandungan Kembarnya, Ibu Hidap Kanser Tahap 4 Akhirnya Meninggal Dunia

16 Mei 2018

Seorang ibu tiga anak menemui ajal selepas menangguhkan rawatan kemoterapi untuk kanser kulit yang dialaminya demi menyelamatkan anak kembarnya dalam kandungan.

Danielle Dick, 32, mula mengalami sakit kepala teruk ketika mengandungkan anak kedua dan ketiganya.


Pada mulanya, wanita ini menganggap sakit kepala yang dialaminya adalah perkara biasa bagi ibu hamil sepertinya, hinggalah satu saat apabila dia mula mengalami kesukaran untuk bertutur.

Ketika usia kandungan baru 17 minggu, ujian kesihatan (lima tahun lalu disiytiharkan bebas daripada kaser kulit) menunjukkan dia sedang menderita kanser melanoma tahap 4, yang sudah pun merebak ke bahagian otaknya.



Doktor turut memberitahu, dia mungkin mempunyai peluang sebanyak 20 peratus untuk hidup lima tahun lagi jika menjalani rawatan radiasi dengan segera.

Namun, dengan menjalani rawatan radiasi bermakna anak-anak dalam kandungan akan terjejas atau meninggal dunia, Danielle kemudian membuat keputusan untuk enggan menjalani rawatan itu. Dia nekad untuk meneruskan kehamilan dua anaknya, yang diberi nama Colby dan Reagan, sebelum melahirkan mereka selepas 23 minggu mengandung. Anak-anaknya hanya mempunyai berat lebih sedikit daripada 3 paun sahaja.


Danielle kemudian dipindahkan segera ke wad rawatan rapi untuk menerima rawatan intensif, namun semuanya sudah terlambat. Pada 26 April, Danielle menghembuskan nafasnya yang terakhir.

''Penyakit leptomeningeal merebak dengan pantas dan tiada sesiapa pun menjangkakannya. 

''Kami mempunyai masa yang cukup untuk berkumpul bersama-samanya. Tyler (suami Danielle) ada di pangkuannya ketika Danielle menghembuskan nafas terakhir.



''Kami merasa amat sedih dan kecewa. Malah tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan kami tanpa Danielle,'' kata Rachel Miller, kakak kepada Danielle.

Doktor percaya, kanser melanoma berpunca daripada tahi lalat yang ditanggalkan pada tahun 2011.

Tyler pada awalnya menyedari kewujudan tahi lalat aneh pada bahagian belakang Danielle pada tahun 2010., namun Dermatologist memberitahu pasangan itu bahawa ia bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.


Bagaimanapun, tahi lalat itu kembali timbul dan kelihatan lebih aneh, menyebabkan mereka bertindak untuk berjumpa dengan pakar bagi meminta pendapat.

Biopsi yang dilakukan oleh pakar mengesahkan ia adalah kanser melanoma dan pembedahan dijalankan bagi membuang kanser tersebut pada penghujung 2011.

Selepas menjalani pembedahan dan pemeriksaan berkala setiap tahun, Danieel akhirnya disahkan bebas daripada kanser lima tahun kemudian.

Danielle kemudian menjalani kehidupan berkeluarga normal seperti orang lain dan melahirkan anak sulung mereka, Taylor pada tahun 2015.


Pada penghgujung 2016, keluarga ini sekali lagi dihadiahkan dengan khabar gembira apabila Danielle disahkan hamil anak kembar.

Namun keluarga itu menerima tamparan hebat apabila Danielle disahkan menghidapi kanser melanoma tahap 4, kali ini ia sudah merebak ke perut dan otaknya.

Semasa kehamilannya, Danielle menjalani beberapa pembedahan otak dan perut untuk menanggalkan tumor bagi melawan kanser tersebut. Selain itu dia juga menjalani rawatan radiasi bersasaran pada otaknya.


Namun, wanita tabah ini nekad untuk tidak menjalani rawatan radiasi lebih agresif iaitu kemoterapi dan imbasan kontras tinggi bagi memaikan nyawa anaknya tidak terancam.

Sebaik sahaja bayi kembarnya dilahirkan pada Julai, kira-kira seminggu selepas ulang tahun perkahwinan kesembilan mereka, kerisauan utama doktor yang merawatnya adalah kewujudan kanser pada placenta, namun pemeriksaan menunjukkan kesan negatif.

Bagaimanapun, kedua-dua bayi tersebut tetap di tahan di NICU memandangkan mereka dilahirkan lebih awal, iaitu 11 minggu daripada tarikh yang diramalkan.


Pada September, Danielle kemudian menjalani pemeriksaan dan tiada tanda-tanda kanser baru namun imbasan opada otaknya menunjukkan keadaan yang tidak wujud pada pemeriksaan sebelum ini.

Menjelang Hari Kesyukuran, walaupun Danielle sudah mula bekerja, namun hakikatnya kanser yang menyerang otaknya semakin membarah.

Pada March, kakaknya memaklumkan bahawa imbasan baru terhadap Danielle mendapati bahawa ada tumor baru yang menyerang pada tulang belakang dan lebih banyak pada otaknya.


Walaupun menjalani rawatan, Danielle kemudian meninggal dunia tidak lama kemudian, 10 bulan selepas melahirkan bayi kembarnya. Demi kasihnya pada anak, Danielle sanggup menangguhkan rawatan kemoterapi di peringkat awal, yang mana ia mungkin mampu memanjangkan hayatnya selama lima tahun lagi.




Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "