Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Peniaga Berang Tampar Pelanggan 'Wanita' Dengan Durian Selepas Dia Mengadu Buah Itu Tak Boleh Dimakan

15 Mei 2018

Seorang peniaga bertindak menampar muka wanita transgender di Thailand dengan durian, selepas dia mengadu buah yang dibelinya itu terlalu masak dan tidak boleh dimakan serta meminta ditukarkan dengan yang lain, lapor Next Shark.

Dalam video yang dimuat naik di Facebook group PattayaTalk pada Rabu lalu, mangsa yang dikenali sebagai Bella Thepsatar dilihat bertengkar dengan peniaga tersebut.

"Saya beli durian dari kedai ini dua kali dan tidak ada masalah. Tetapi kali ini buah durian ini terlalu lembek dan melekat pada plastik pembalut," tulis Bella di Facebooknya dan menegaskan dia bukan mahu menimbulkan masalah.

Berang dengan 'wanita' itu, peniaga terbabit mengancam akan mencederakan Bella. Tidak berdiam diri, Bella kemudian membalas "Kenapa awak nak pukul saya? Saya bercakap elok-elok dengan awak. Apa yang awak nak buat pada saya? Saya cuma kata durian ini terlalu lembek dan saya tak dapat makan buah durian seperti ini."

Lelaki itu kemudian datang menghampiri Bella dan membawa dua ulas buah durian sebelum secara tiba-tiba menampar mukanya dengan buah itu menyebabkan mangsa menangis tersedu sedan.

"Saya cuma beritahu awak yang buah durian ini tak boleh dimakan. Saya dah beli buah durian dari awak dua kali," katanya sambil menangis.

Kemudian datang seorang wanita yang meminta Bella segera beredar. "Dia tidak suka bila ada orang bercakap mengenai dia dari belakang. Saya merayu pada awak, tolong beredar segera," katanya.

Tidak beberapa lama selepas itu, seorang remaja tampil meminta maaf dan menghulurkan tisu tandas membantu membersihkan kotoran pada muka Bella. Bella juga diberikan durian yang lain sebagai ganti sebelum beredar dari kedai tersebut.

Video kejadian itu viral di Thailand dengan perkongsian 25,000 dan 19,000 reaksi dari netizen yang juga mula menjejak lokasi kedai durian itu dari Google Maps dan menukar nama kedai itu kepada nama yang lebih teruk.



Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Update Betting (7ACD8560)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "