Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tercepat 25 Saat, Syarikat Kereta Api Jepun Keluar Kenyataan Rasmi Mohon Maaf

15 Mei 2018

Sebuah syarikat pengendali kereta api di Jepun mengeluarkan permohonan maaf selepas sebuah kereta api milik mereka bertolak 25 saat lebih awal.  Tindakan ini dikira mengejutkan mungkin bagi negara luar, tetapi tidak bagi negara itu yang sangat menjaga adab menepati masa mereka.

Kejadian ini berlaku apabila tren tersebut yang sepatutnya meninggalkan stesen Notogawa pada pukul 7.12 pagi, tetapi ia meninggalkan stesen tersebut 25 saat awal iaitu pada 7:11:35 pagi.

Masalah bermula apabila konduktor kereta api terbabit keliru dengan jadual yang ditetapkan dan menyangka bahawa dia sepatutnya meninggalkan stesen tersebut pada pukul 7.11 pagi.  Ketika melihat seluruh platform kosong, dia langsung memutuskan untuk terus pergi dan bergerak 25 saat lebih awal.

Bagaimanapun, ternyata ada beberapa orang di platform tersebut berharap yang mereka akan sempat untuk menaiki tren itu tetapi tidak menyangka bahawa konduktor tersebut akan meninggalkan mereka.  Daripada situ, salah seorang daripada mereka telah membuat laporan kepada pegawai bertugas dan sebaik laporan diterima, pihak kereta api mengeluarkan permohonan maaf rasmi atas kejadian tersebut.

"Kami akan menilai secara menyeluruh tindakan kami dan berusaha untuk tidak mengulangi kejadian seperti itu sekali lagi," kata salah seorang wakil syarikat kereta api terbabit.

Perkhidmatan kereta api Jepun termasuklah kereta api lajunya, Shinkansen terkenal di seluruh dunia kerana ketepatan masanya.  Ketepatan masa merupakan sesuatu yag amat penting di negara matahari terbit itu.  Ini disebabkan ramai rakyat Jepun terutamanya bagi orang yang bekerja bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu.


Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Update Betting (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "