Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Residensi Sunway Gandaria, Kediaman Moden Yang Kini Megah Menjadi Mercu Tanda Ikonik Tertinggi Di Bandar Baru Bangi

1 Jun 2018
2 ulasan

Setiap antara kita sudah pasti menginginkan kediaman yang selesa dan selamat untuk didiami, ramai juga antara kita mencari lokasi kediaman yang dekat dengan tempat kita bekerja.

Bagi anda yang tinggal atau bekerja di Bangi, kini terdapat sebuah kediaman moden yang sedang dibina di kawasan anda, lokasinya amat strategik, dibina dengan ciri-ciri moden dan yang paling penting ianya merupakan mercu tanda tertinggi di Bandar Baru Bangi ketika ini iaitu setinggi 38 tingkat.

Selain kemodenan yang diketengahkan, lokasinya cukup strategik dengan panorama yang meliputi Padang Golf Bangi dan Taman Tasik Cempaka selain dikelilingi kemudahan infrastruktur penting seperti MRT yang baru, Klinik, Masjid Al-Hasanah, Hospital Pakar An-Nur, Hospital Islam Az-Zahrah, Sekolah dan universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL).


Apa yang paling menarik terutamanya bagi golongan wanita, lokasi residensi ini dikelilingi Hub fesyen Muslimah yang memang terkenal di Bandar Baru Bangi ini, begitu banyak butik-butik pakaian dan kecantikan disekitarnya seperti Jakel Bangi, Prima Valet dan lain-lain lagi.

Selain itu, beberapa lebuhraya utama yang berdekatan dan mudah untuk diakses seperti Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya SKVE dan Kajang SILK.

Dengan lokasinya yang begitu strategik dikelilingi insfrastruktur yang cukup lengkap, ditambah dengan kewujudan MRT Kajang Line dan Putrjaya Line, harga hartanah di sini sudah pasti akan meningkat berkali ganda pada masa hadapan, jadi dengan membeli unit kediaman di Gandaria Residensi ini merupakan satu pelaburan yang terbaik.

Sunway Gandaria Residensi ini mempunyai sistem sekuriti yang cukup ketat dengan kawalan keselamatan tiga peringkat, para pelawat yang datang akan melalui semua penapisan keselamatan ini bagi menjamin keselamatan penghuninya.

Ia sekaligus menjadikan Residensi  Sunway Gandaria ini kediaman yang paling sesuai untuk didiami oleh semua golongan kerana fasiliti kelas pertamanya dan ianya amat mudah untuk disewakan kerana berdekatan dengan pejabat-pejabat dan institut pengajian tinggi (IPT).


Di tingkat 8 kediaman ini terdapat kemudahan-kemudahan yang cukup menarik seperti Infinity Pool yang cukup mempersona, dimana anda akan dapat melihat permandangan Bandar Baru Bangi terutamanya Taman Tasik Cempaka dan Padang Golf Bangi yang cukup saujana mata memandang sambil berenang.

Selain kolam renang infiniti yang serba canggih, bagi anda yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam jangan risau, terdapat kemudahan untuk anda beriadah bersama keluarga di sini kerana terdapat taman permainan yang luas, dek yoga dan gimnasium.

Kemudahan lain yang ditawarkan adalah Jakuzi, kolam mandi kanak-kanak, taman permainan kanak-kanak, surau, kawasan santai dengan hammock, dewan serbaguna , kawasan BBQ dan bilik sauna yang semuanya didatangkan dengan rekaan moden.


Antara yang paling penting adalah dewan serbagunanya yang luas, tanpa kos tambahan untuk menyewa dewan diluar untuk sesuatu majlis keraian seperti majlis perkahwinan, kenduri mahupun rumah terbuka semasa perayaan. Ini kerana dewan yang sedia ada di Sunway Gandaria sedia digunakan oleh penghuninya.


Unit kediaman di Residensi Sunway Gandaria dibina dengan tiga variasi iaitu kediaman jenis A yang berkeluasan 949 kaki persegi (3 bilik tidur, 2 bilik mandi), jenis B yang berkeluasan 1157 kaki persegi (3+1 bilik tidur, 2 bilik mandi) dan jenis C yang berkeluasan 1405 kaki persegi (studio dwi kunci, 3 bilik tidur, 2 bilik mandi) yang sesuai untuk mereka yang tinggal bersama keluarga atau mertua dimana walaupun tinggal bersama, anda akan lebih mendapat ruang 'privacy' kerana terdapat pintu  berasingan untuk setiap studio dan yang pasti semua jenis kediaman ini diberi dua unit penyaman udara percuma.

Harga yang ditawarkan adalah bermula dari RM476,000 dan apa yang menarik, untuk bumiputera akan diberikan rebat bumiputera sebanyak 10% , 7% + 2% rebat istimewa lain dan  rebat tambahan sehingga RM40,000 untuk masa terhad dengan bayaran muka serendah RM5,000 sahaja.

Jika anda membelinya sekarang, anda akan dihadiahkan pakej percutian ke luar negara daripada pihak Sunway Property dalam masa terhad, jadi jangan berlengah lagi, Sunway Gandaria menjemput anda untuk singgah di galeri jualan kami di Bangi bermula jam 10 pagi - 5 petang setiap hari atau hubungi  017-9640688 atau layari laman www.sunwaygandaria.com



Galeri Gambar






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dukung tim bola kesayangan Anda dengan pasaran bola terbaik di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "