Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Patutnya Allah Matikan Anak Saya Nie'' Doa Seorang Ayah Jadi Kenyataan, Doktor Ini Kongsi Pengalaman Buat Ikhtibar

16 Mei 2018
2 ulasan

Sebagai seorang anak, kita seharusnya menghormati kedua-dua ibu bapa kerana redha dan restu mereka penting untuk kita. Usahlah membuat perkara yang boleh melukakan hati kedua orang tua. Tetapi bagaimanapun salah anak-anak, ibu bapa tetap memaafkan mereka. 

Namun sebagai manusia, ada juga rasa emosi apabila tindakan anak-anak sudah melebihi batas. Semarah manapun, elakkanlah melontarkan perkataan yang boleh membuatkan kita menyesal suatu hari nanti. Mungkin kisah ini hanya kebetulan, tapi kata-kata itu ibarat doa. Tambah lagi jika keluar dari mulut ibu-bapa yang amat besar darjatnya pada anak-anak.

Perkongsian oleh Doktor Taufiq Razif dari pengalamannya di hospital ini mungkin boleh dijadikan renungan dan ikhtibar buat semua pembaca di luar sana. 

Patutnya Allah Matikan Anak Saya!

Terkedu saya baru ni bila nampak seorang remaja perempuan meninggikan suara pada emaknya yang sudah tua.

Bukan cuma tinggikan suara, siap suruh si emak yang dah tua tu pegangkan barang dia. Disuruhnya pula dengan nada penuh bossy dan penuh kerutan di dahi.

Ya, macam majikan yang tengah bengang dengan orang gaji lagaknya!

Tiba-tiba saya teringat pada satu kes yang pernah berlaku di sebuah hospital. Seorang pakcik ni bergegas datang ke bahagian kecemasan bila mendapat khabar duka anaknya terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat mabuk ketika berlumba haram.
Syukur, anaknya cuma cedera ringan tapi yang membuat saya tersentak adalah ucapan si ayah tu.

" Patutnya Allah dah matikan anak saya ni "


Terus si ayah tu berlalu pergi dengan wajah penuh kesedihan dan kekecewaan. Rupanya, anaknya dah beberapa kali kemalangan tapi tak pernah nampak tanda-tanda nak serik. Arak dah jadi minuman harian. Lumba haram pula dah menjadi ketagihan walau dah berkali kali kemalangan.

Bukan sekali dua tapi berkali kali!

Mungkin si ayah tu dah berputus asa dengan kenakalan anaknya. Mungkin juga itu adalah ekspresi kesedihan yang mendalam.

Keesokan harinya selepas Solat Jumaat si ayah tu kembali ke bahagian kecemasan. Itulah naluri seorang ayah, mana ada ayah yang tega walau sedurjana apa pun anaknya!

"Mana anak saya doktor?"

Nak tahu tak apa yang terjadi?

Anaknya nampak sihat je dan kemungkinan dah boleh discaj tapi sebelum anaknya dibenarkan keluar daripada wad, seorang doktor sempat buat pemeriksaan USG pada bahagian abdomen si anak tu.

Luaran anak tu nampak sihat tetapi bila dilihat di USG ternyata ada gambaran "free-fluid". Tekanan darah si anak pun dah mulai turun! Ya Rabbi!

Ada kemungkinan si anak tu mengalami pendarahan dalaman dan sedang dalam fasa kritikal akibat hypovolemic shock. Ye, darah mengalir tak berhenti di dalam sana! Bila-bila masa je si anak tu boleh meninggal walaupun daripada luarannya nampak okey je.


Itulah dasyatnya doa si ayah. Daripada tak ada apa-apa terus jadi kritikal anaknya. Ya, kadangkala anak kita tersilap dan tersalah juga kerana mereka juga seperti kita, manusia biasa.

Cuma kita diberikan senjata yang sangat tajam ke atas anak kita, DOA! Semoga kita mampu gunakan kelebihan ini untuk mendoakan supaya anak kita berubah daripada kita gunakan senjata doa ini untuk mendoakan anak kita musibah.

" Kita boleh beremosi ketika anak berbuat salah tetapi jangan sampai emosi itu membuatkan kita berkata sesuka hati yang akhirnya akan membuatkan menyesal suatu hari nanti "

p/s : Tolong ajak pasangan kita dan mak ayah yang lain gunakan bahasa yang baik baik terhadap anak-anak ye. Tersilap kata, rosaklah mereka.

p/s : Ajak pasangan kita join Telegram saya untuk belajar ilmu mendidik anak ye. Suruh je mereka klik link ni ye t.me/NotaTaufiqRazif

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Update Betting agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar..

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "