Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Masih Lagi Memasak Makanan Menggunakan Kertas Aluminum? Anda Mungkin Perlu Fikirkan Semula Selepas Ini

3 Mei 2018
4 ulasan

Memasak menggunakan kertas aluminum (aluminum foil) sememangnya satu kerja yang mudah memandangkan ia tidak mengotorkan bekas dan kertas aluminum tersebut boleh dibuang selepas digunakan. Tapi apa yang anda tidak tahu adalah, penggunaan kertas aluminum secara berterusan sebenarnya memberi kesan yang buruk kepada kesihatan.

Selain dalam masakan, kertas aluminum turut digunakan dalam penghasilan plastik pembungkusan makanan seperti pembalut snek dan sebagainya. Bagi suri rumah, kertas aluminum digunakan untuk memanggang daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran. Selain itu, kita sering kali menggunakan kertas pembalut aluminum ini sebagai lapik kepada bekas membuat kuih sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar ataupun sebagai penutup makanan untuk memerangkap wap stim.


Namun penggunaan kertas pembalut aluminum ini secara berterusan oleh masyarakat telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan pengamal perubatan. Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, kandungan aluminum yang ada pada pembalut aluminum boleh luntur ketika proses memasak dan meresap masuk ke dalam makanan.

Menurut World Health Organization (WHO), badan manusia hanya mampu meneutralkan dengan baik kandungan aluminum sekiranya ia dalam jumlah yang sedikit. WHO menyatakan kandungan aluminum yang selamat untuk sistem penghadaman mencerna adalah sebanyak 40 miligram bagi setiap kilogram berat badan setiap hari. Malangnya, kebanyakkan orang pada hari ini mengambil kandungan aluminum lebih daripada sepatutnya.

Saintis yang sekian lama mencari kesan bahaya lebihan aluminum dalam badan manusia menemui hasil yang sangat yang memeranjatkan. Contohnya, penyelidik mendapati tisu otak penghidap Alzheimer mengandungi kandungan aluminum yang tinggi. Selain itu, kajian juga menunjukkan pengambilan aluminum secara berlebihan mempunyai kaitan dengan pengurangan pertumbuhan sel manusia dan berbahaya kepada mereka yang menghidapi penyakit kaitan tulang dan buah pinggang.


Pada tahun 2012, satu laporan yang mengkaji mengenai jumlah aluminum yang meresap dalam makanan yang dimasak menggunakan kertas aluminum telah diterbitkan dalam International Journal of Electrochemical. Dapatan daripada kajian tersebut menyebut bahawa jumlah aluminum dalam kertas aluminum yang terlerai ketika dimasak bergantung kepada pelbagai faktor antaranya tahap keasidan sesuatu makanan (ikan dan tomato makanan berasid tinggi) dan suhu. Namun yang utamanya adalah laporan tersebut mengesahkan bahawa aluminum pada kertas aluminum memang terlerasi dan meresap masuk ke dalam makanan.

''Peningkatan suhu menyebabkan aluminum terlerai. Faktor lain seperti garam, paras asid makanan dan rempah yang digunakan dalam perapan makanan tersebut'', memetik kenyataan penyelidik.

''Tahap keasidan makanan sangat mempengaruhi pengleraian aluminum pada kertas aluminum. Bagaimana aluminum ini memberi kesan kepada tubuh badan bergantung kepada banyak faktor, antaranya adalah tahap kemampuan badan seseorang untuk menerima jumlah aluminum,'' kata Dr. Ghada Bassiani daripada Universiti Ain Sham.

Jadi, patutkah kita mengelak daripada menggunakan kertas aluminum ketika masak? Ya, itulah sebaiknya ataupun kurangkan penggunaannya. Guna daun pisang pun boleh ketika hendak membakar makanan.

Sumber : Reader Digest

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Update Betting (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "