Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Malaysia Antara Negara Yang Paling Ramai Menggunakan Aplikasi Tik Tok Sejak Hari Perlancarannya

14 Mei 2018
One Comment


Aplikasi muatnaik video terkenal, Tik Tok kini telah melancarkan ciri-ciri terbaru pada aplikasi mereka iaitu versi "Duet" yang membolehkan penggunanya kini dapat memuatnaik atau menghasilkan rakaman video interaktif dengan rakan-rakan ataupun keluarga bila-bila masa sahaja.

Tik Tok duet ini telah pun digunakan oleh selebriti terkenal Malaysia seperti Janna Nick, Joyce Chu dan Izzue Islam yang membolehkan mereka berinteraksi dan berduet dengan peminat mereka.

Artis-artis ini telah berkongsikan video Tik Tok bersama sewaktu di awal perlancaran Tik Tok Duet ini lagi, peminat mereka akan mengayakan aksi yang padan dengan pergerakan artis-artis ini,  video menarik dan kreatif dengan dimuatnaik ke laman Instagram peribadi peminat itu sendiri dengan hashtag #duetwithme, video yang paling menarik akan  dipilih untuk dimuatnaik ke akaun Instagram selebriti berkenaan contohnya seperti di bawah.

Siaran dikongsi oleh I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) pada

Siaran dikongsi oleh Janna Nick (@jannanick) pada

Sehingga kini sudah lebih 40,000 pengguna Tik Tok di Malaysia yang menggunakan ciri "Duet" di mana ia telah mencatat sebanyak 11.6 juta komen sejak hari pelancarannya.

Video selebriti-selebriti ini telah ditonton melebihi 700,000 kali di platform Tik Tok dengan lebih daripada 30,000 sukaan. Selain itu, bintang-bintang Korea seperti Nam Joo-Hyuk, Kim Chung-ha dan Yu Seon-ho turut menyertai hashtag #duetwithme, di memberi peluang peminat di seluruh Asia peluang untuk menjadi watak penting dalam video mereka.

Tik Tok adalah sebuah aplikasi muatnaik video pendek yang kini digunapakai di pelbagai negara, dengan hanya satu klik mudah untuk menggunakan kesan khas yang dikuasakan dengan teknologi AI terkini.

Aplikasi ini sudah menjadi kegilaan di seluruh Asia dan sedang berkembang pesat di pasaran Korea, Jepun, Asia Tenggara dan banyak lagi.

Ambil gambar dengan edit klip, disertakan pelbagai kesan khas membuatkan ianya menjadi pilihan ramai di mana ia boleh mengesana pergerakan badan “body movement recognition/GAGA Dance”, penukar warna rambut, pelekat 3D yang comel dan pengguna dapat mencari kawan atau video yang mereka gemari.

Sebelum ini Tik Tok berkembang di mana ramai pengguna awalnya menghasilkan video menari, komedi, nyanyian pelbagai suara, skil mengambil gambar dan pelbagai lagi.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "