Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Latih Anak Kecil Puasa Penuh Sebulan Bukan Mustahil, Doktor Ini Kongsi 7 Tips Boleh Digunakan Oleh Ibu Bapa

17 Mei 2018

Bagi semua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam yang wajib dijalankan. Tapi bagi kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun sekiranya mereka mampu, seusia 7 tahun kanak-kanak sudah diperintahkan untuk berpuasa sebagaimana solat supaya menjadi kebiasaan kelak.

Tetapi, bukan mudah untuk melatih anak kecil supaya berpuasa. Tambahan lagi, jika mereka pertama kali mahu menjalankan ibadah ini. Pasti ibu-bapa merasa agak sukar. Mendidik dan memujuk anak-anak berpuasa pada usia muda memerlukan kebijaksanaan ibu bapa itu sendiri.

Perkongsian tips oleh  Doktor Taufiq Razif mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan apa yang boleh dilakukan  oleh ibu-bapa. Paling penting, mulakan secara berperingkat mengikut kemampuan anak-anak. Jadikan pengalaman berpuasa mereka sebagai perkara yang menyeronokkan. Semoga bermanfaat.

7 Tips Mudah Nak Bagi Anak Puasa Penuh Sebulan Ramadhan


1. Pastikan anak kita rasa teruja nak masuk bulan Ramadhan. Ceritakan keindahan Ramadhan dan ajak anak solat terawih pada malam pertama supaya anak boleh rasa betapa indahnya suasana malam Ramadhan.


2. Mulakan secara berperingkat. Walaupun anak cuma mampu 1 jam je sehari pun takpe. Yang penting anak mampu berpuasa 1 jam sehari selama 30 hari. Itu lebih bermakna daripada anak puasa 14 jam tetapi sehari sahaja puasanya.


3. Puji abang dan kakaknya yang dah berjaya puasa penuh di depan anak kita tu. Barulah hati anak kita berbunga bunga nak jadi seperti abang dan kakaknya.


4. Sediakan juadah kegemaran anak kita semasa bersahur dan berbuka. Kita mesti tahu kan lauk pauk yang paling anak kita suka kan? Kalau boleh biar anak ternanti nanti dan tak sabar untuk tunggu waktu sahur dan waktu berbuka tu.


5. Sediakan makanan sahur yang buat anak kita kenyang dan tahan lapar lebih lama seperti kurma, telur, oat, biskut, sup, madu, buah epal dan air kosong yang secukupnya.


6. Sorokkan makanan kegemaran anak kita. Bayangkan anak yang tengah kelaparan semasa berpuasa tanpa sengaja ke dapur dan ternampak biskut favourite mereka sedang tersusun rapi di atas rak dapur. Agak-agak berkeroncong dan berdendang sayang tak perutnya?


7. Elakkan ransangan berbentuk visual pada anak kita. Anak tengah lesu terbaring kelaparan pun kita boleh pulak tengok cerita Ketuk-Ketuk Ramadhan dan Jalan-Jalan Cari Makan kan. Si Bapak yang tertengok pun boleh terkurang iman apatah lagi anak kecil yang masih tengah belajar menahan lapar kan?


Jom kita latih anak kita berpuasa. Kita jangan tengok anak orang lain kerana lain anak lain perkembangan dan penerimaannya. Jom!

p/s : Waktu terbaik nak ajak berpuasa adalah pada umur 7 tahun mengikut Qiyas daripada suruhan mengerjakan solat.

p/s : Tips extra : Banyak ajak bermain pun boleh alihkan fokus anak pada rasa lapar mereka ye dan boleh klik link ni untuk belajar lebih lagi tentang anak-anak : t.me/NotaTaufiqRazif

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)co

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam
  5. Lagi Cari Bandar Togel Online Dengan Games Lainya Yang Lengkap ?
    Tapi Gak Tau Situs Mana Yang Bisa Di Percaya ?
    Daftar Di : HTTP://AREATOTO.NET
    Minimal Deposit Rp.20.000,-
    Minimal Withdraw Rp.50.000,-
    Lengkap 1 Userid Dapat Bermain :
    Togel, Taruhan Bola, Live Casino & Sabung Ayam
    Proses Deposit / Withdraw Kurang Dari 2-3 Menit
    Perlayanan Terbaik ( Di Layani CS Yang Ramah )
    Website Online 24 Jam / Setiap Harinya
    Daftarkan Sekarang Juga : HTTP://AREATOTO.NET

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "