Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Kalau Sistem Imun Lemah, Ia Boleh Sebabkan Kematian'', Doktor Ini Pesan Jauhkan Ibu Mengandung Dan Anak Kecil Dari Penghidap Chicken Pox

3 Mei 2018
4 ulasan

Bawa anak anda yang tidak sihat ke tempat permainan awam bukanlah satu perkara yang bijak memandangkan penyakit tersebut mungkin berjangkit kepada orang lain. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda juga perlu mengambil kira keadaan dan keselamatan kanak-kanak lain juga ketika di khalayak ramai.

Seperti kisah yang dikongsi oleh Dr. Taufiq Razif ini, tindakan seorang bapa yang acuh tak acuh ketika diberitahu bahawa anaknya yang menghidap Chicken Pox tidak sesuai dibawa ke tempat awam kerana berisiko menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain memang merisaukan.

Beliau juga menjelaskan walaupun penyakit tersebut tidak berbahaya kepada penghidapnya dan boleh sembuh dengan sendirinya, namun lain ceritanya pula kepada mereka yang dijangkiti oleh kanak-kanak tersebut. Selain berbahaya kepada ibu mengandung, ia juga boleh membawa maut jika mempunyai sistem imun yang lemah.

Jom kita baca perkongsiannya di bawah, semoga bermanfaat.

Jangan Bawa Anak Chicken Pox Ke Tempat Bermain Kanak-Kanak!

Terkedu saya bila isteri saya bagitahu ada budak yang tengah kena chicken pox tengah bermain-main di samping anak saya.

Kebetulan semalam cuti 1 Mei saya bawa anak saya bercuti ke Kidzoona. Tempat tu memang penuh dengan puluhan kanak-kanak yang masih kecil. Hajatnya nak anak sihat la sikit dengan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh kan.


Tapi tiba-tiba isteri saya yang memang hampir tiap hari hadap budak chicken pox di Klinik Kesihatan perasan ada sorang budak ni ada ruam-ruam berair memenuhi muka dan lehernya. Eh! Ni macam chicken pox! Terus kami report pada staff Kidzoona tu. Mereka terus nampak gelabah. Mereka pun tak perasan kot.

Kami dan staff Kidzoona terus la cari ayah si adik ni. Dalam 10 minit juga baru kami dapat detect si ayah ni. Tapi Ya Rabb! Punyalah susah si ayah ni nak bawa anaknya keluar. Ayahnya macam tak acuh je. Dekat setengah jam juga si ayah duduk kat situ tanpa berganjak. Saya dan isteri dah mula risau.

Kenapa saya dan isteri risau sangat?

Tahu tak yang chicken pox ataupun cacar air ni boleh berjangkit melalui titisan air bila adik tu bersin ataupun batuk. Sekali batuk je agak-agak berapa orang budak kat dalam Kidzoona tu akan kena chicken pox tu nanti?

Penyakit ni memang tak bahaya dan boleh baik dengan sendirinya tapi penyakit ni akan sangat fatal pada orang yang ada sistem imun yang lemah ataupun ibu yang mengandung!

Kalau kena dekat kanak-kanak yang lemah sistem imunnya, virus Varicella-Zoster penyebab Chicken Pox ni boleh masuk sampai ke otak ( Encephalitis ) dan komplikasinya boleh menyebabkan kematian!

Antara simptom Chicken pox adalah demam yang disertai ruam cacar pada kulit yang bermula daripada bahagian kepala dan disertai batuk selsema.

p/s : Boleh belajar lebih detail lagi tentang anak-anak kita di Telegram saya. Klik je link ni ye t.me/NotaTaufiqRazif

p/s : Tolong jangan bagi isteri kita yang sedang HAMIL dekat dengan anak-anak yang kena Chicken Pox ni sebab sistem imun mereka tengah sangat lemah!

Sumber : Dr. Taufiq Razif
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Update Betting (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "