Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guna 'Maggot' Rawat Luka, Kejayaan Pengkaji Malaysia Diiktiraf Dunia

31 Mei 2018


[INFO] Terapi Maggot (Larva Lalat) DiIktiraf Dunia

Membersihkan luka untuk pesakit diabetes bukan suatu tugasan yang mudah. Ia perlu di lakukan dengan teliti untuk memastikan tisu tisu yang telah mati di buang dengan bersih, di samping menjaga kebersihan untuk mengelakkan sebarang jangkitan. Ianya juga suatu prosedur yang rumit kerana perawat perlu memastikan hujung saraf tidak di cederakan.

Tahukah anda, terdapat ‘perawat cilik’ yang dapat membantu melakukan tugasan ini dengan lebih effektif, lebih menjimatkan, lebih pantas dan efisyen?

Memperkenalkan, terapi membersihkan luka di kaki pesakit diabetes menggunakan Maggot (larva lalat)

Asal Usul Terapi Maggot

Sebenarnya, terapi rawatan menggunakan Maggot ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 1557 lagi, tetapi sejak antibiotik mula digunakan pada tahun 1940 an, kaedah membersihkan luka menggunakan Maggot ini semakin dipinggirkan.

Namun begitu, penggunaan antibiotik secara berleluasa (dan pelbagai faktor lain) telah menyebabkan semakin ramai pesakit yang mengalami kerintangan terhadap rawatan antibiotik. Bagi pesakit yang mengalami situasi ini, antibiotik yang di berikan TIDAK lagi berkesan dalam merawat luka/ penyakit mereka.

Hal ini telah menyebabkan pengakaji berusaha untuk mencari solusi untuk mengguna pakai kaedah terapi Maggot untuk merawat luka pesakit kencing manis.

Adakah semua jenis Maggot boleh di gunakan untuk rawatan ini?

Hanya Maggot yang bebas dari bakteria yang di hasilkan di dalam makmal khas di gunakan untuk tujuan rawatan ini. Spesis tempatan Lucilia sericata telah di gunakan oleh pengkaji dari IMR untuk tujuan rawatan ini . Produk ini di kenali sebagai STERILARVA.

* jangan gunakan larva lalat sebarangan!

Kesan Hebat Terapi Maggot


Dalam kajian yang telah dilakukan sejak 2003 oleh IMR, pengkaji telah berjaya membuktikan terapi rawatan menggunakan Maggot adalah sangat berkesan dan memberi impak positif secara keseluruhan kepada pesakit.

Antara kelebihan terapi ini adalah :
1. Menjimatkan Kos.

Kos untuk merawat luka pesakit diabetes di Malaysia di anggarkan berjumlah RM12 ribu ringgi bagi seorang pesakit. Kos untuk amputasi (memotong) pula dianggarkan berjumlah RM8 ribu ringgit. Di seluruh dunia, dianggarkan kira kira RM20 billion telah dibelanjakan untuk merawat luka diabetes bagi setiap tahun!

Bagi rawatan terapi Maggot pula, kos rawatan hanyalah kira kira RM400 ke RM800 bagi rawatan lengkap (5 kali). Jimat bukan?

2. Menjimatkan Masa

Berbanding rawatan konvensional menggunakan kaedah pembedahan, hyperbaric oxygen, membersihkan luka, terapi Maggot hanya mengambil masa 10 minit untuk satu sesi!

3. Meningkatkan Produktiviti

Dengan bantuan dari Terapi Maggot ini, ternyata tugasan anggota kesihatan juga dapat di kurangkan. Ianya juga boleh di lakukan di luar hospital dan di kawasan terpencil yang jauh dari fasiliti kesihatan.

4. Kepuasan Pesakit

Ternyata pesakit yang menggunakan kaedah rawatan ini begitu berpuashati dengan rawatan ini. Luka pesakit juga dapat di sembuhkan dengan lebih cepat dan kaki mereka dapat di selamatkan. Selain itu, pesakit juga tidak mengalami sebarang kesakitan dan kesan sampingan dari terapi rawatan ini,

5. Keselamatan

Tahap keselamatan menggunakan terapi ini amat baik. Kini. kaedah rawatan ini telah di praktiskan di fasiliti kesihatan di Malaysia termasuk di kawasan terpencil di pedalaman Sabah & Sarawak.

Kejayaan Pengkaji Malaysia Di iktiraf

Usaha penyelidik membangunkan kaedah terapi rawatan Maggot telah di iktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru baru ini. Mereka telah menerima anugerah
Dr LEE Jong-wook Memorial Prize untuk Kesihatan Awam.

Pasukan penyelidik ini termasuklah Dr. Nazni Wasi Ahmad, Dr Lee Han Lim, Ms Teh Chien Huey, and Ms Suhana Othman dari unit entomologi, Institute for Medical Research

Anugerah berprestij ini diberikan kepada mana mana pihak yang telah berjaya membuktikan kejayaan mereka dalam memberi impak dan sumbangan kepada kesihatan awam.

Kejayaan ini adalah suatu pencapaiaan luar biasa bagi penyelidik tempatan dan Public Health Malaysia, berbesar hati untuk berkongsi informasi hebat ini kepada masyarakat. Tahniah sekali lagi!

Sumber rujukan

1. Commercial production of Sterile maggots of Lucilia cuprina. http://www.imr.gov.my/…/33-commercial-production-of-sterile…

2. IMR team receives prestigious award for wound healing with maggots https://www.thestar.com.my/…/imr-team-receives-prestigiou…/…

3. http://www.clinicalresearch.my/research-team-from-the-inst…/

4. A. K. Azad ,Wan Azizi WS , Adham SA , Yee BL. 2016. Maggot debridement therapy for diabetic foot ulcer: Experience from Maggot treatment Centers. Asian Journal of Pharmacy and Pharmacology 2016; 2(1): 23-25


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "