Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dia Lewat Rawat Dan Pilih Cara Tradisional Sehingga Sel Kanser Agresif", Jangan Ambil Mudah, Lelaki Kena Buat Pemeriksaan Testis Sendiri

3 Mei 2018

Bukan sahaja wanita yang memerlukan pemeriksaan sendiri secara berkala bagi mengesan benjolan pada payudara, malah lelaki juga perlukan pemeriksaan sendiri pada testis untuk mencegah risiko kanser atau sebarang penyakit lain.

Kadangkala testis membengkak atau membesar daripada ukuran normal tanpa ada benjolan, oleh sebab itu, ada segelintir daripada mereka yang tidak menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena sehingga membuatkan ianya membesar dan merebak.

Selain pemeriksaan rutin, anda juga perlu mendapatkan bantuan pakar perubatan sebaik sahaja menemukan benjolan pada testin luar daripada kebiasaannya.  Perkongsian daripada Bel Nawhen ini wajar dijadikan panduan dan sebagai permulaan buat anda untuk sentiasa berwaspada terhadap penjagaan testis.  Mari kita baca perkongsiannya dibawah, semoga bermanfaat!

LELAKI PUN KENA ADA KESEDARAN PEMERIKSAAN SENDIRI TESTIS


Hari ini, saya telah assist kes ketumbuhan di testis. Lelaki itu berusia lingkungan 35 tahun.

Kata pakar yang melakukan pembedahan, lelaki sepatutnya cakna dengan keadaan diri sendiri dan melakukan pemeriksaan sendiri testis secara berkala. Sama seperti self breast examination yang dilakukan oleh wanita.



Seperti ketumbuhan di payudara, ketumbuhan di testis juga merbahaya dan boleh meragut nyawa jika terlewat dalam rawatan. Kes ini biasanya berlaku kepada lelaki diusia 15-35 tahun.

Secara umumnya, ketumbuhan di testis ini tidak diketahui puncanya tetapi ia boleh berlaku disebabkan trauma pada testis, infeksi pada testis atau pengaruh hormon pada sel kanser.

Ketumbuhan testis ini kebiasaanya akan dikesan apabila si lelaki perasan ada pembesaran luar biasa pada testis tetapi tidak ada rasa sakit.

Jumlah yang sedikit pula akan mengadu sakit dan akan merasa kantung zakar sedikit berat.

Ketumbuhan testis ini tidak akan berlaku pada kedua-dua testis, kekerapan adalah berlaku pada sebelah testis sahaja.

Nak kesan ketumbuhan testis ini adalah dengan melalui ultrabunyi dan jika keputusan menunjukkan terdapat ketumbuhan, kebiasaannya pembedahan membuang sebelah testis akan dilakukan.

Rawatan lain seperti kemoterapi dan radioterapi juga akan dijalankan jika ia masih boleh dikawal.

Cara nak periksa testis ni lebih kurang macam self breast examination, anda boleh lakukan bila-bila masa sahaja.

Pertama, anda perlu kenalpasti saiz kedua-dua mestilah sekurang-kurangnya sama. Dalam keadaan normal, salah satu testis akan tinggi sedikit (biasanya sebelah kiri) dan saiz kedua-duanya adalah sedikit berbeza antara satu sama lain. Kedua-dua testis juga berpisah antara satu sama lain.



Anda perlu ambil perhatian jika salah satu kelihatan luar biasa besarnya.

Kedua, periksa selepas mandi kerana masa itu kantung zakar anda dalam keadaan lembut dan rileks.

Ketiga, periksa dihadapan cermin. Anda boleh lihat perbezaan ketara jika ada pada kedua-dua kantung testis anda.

Keempat, lakukan pemerikaaan secara memutar sisi ke sisi testis anda. Anda cuba rasa jika ada bentuk luar biasa, atau benjolan luar biasa pada kantung kedua-dua testis.

Kelima, jika anda ada rasa sensasi seperti kegatalan luar biasa, keluaran discaj berwarna dengan bau kurang enak, segera berjumpa dengan doktor.

Jadikan pemeriksaan sendiri testis anda sebagai amalan harian anda kerana anda boleh mencegah sel-sel ketumbuhan itu dari merebak ke organ berdekatan jika lewat dirawat.

Saya masih ingat lagi setahun yang lepas satu kes pesakit yang datang selepas 3 bulan pembedahan membuang sebelah testisnya untuk menuntut kembali testis yang telah dikeluarkan dan dihantar ke makmal bagi mengenalpasti punca kanser dari berlaku.

Beliau lewat datang mendapatkan rawatan, culas dengan tarikh temujanji dan memilih rawatan tradisional yang akhirnya menyebabkan sel kansernya menjadi lebih agresif.

Notakaki:

Anda masih lagi boleh memberikan zuriat kepada pasangan walau hanya mempunyai satu testis.


Sumber: Bel Nawhen
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Update Betting (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "