Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Anak Semakin Besar Semakin Kurang Ajar, Ini 9 Adab Ibu Bapa Seringkali Gagal Terapkan Dalam Diri Kanak-Kanak Ketika Kecil

8 Mei 2018

Kita sudah seringkali dihidangkan dengan berita-berita berkaitan masalah gejala sosial yang melibatkan golongan remaja. Kes seperti pembuangan bayi, lumba haram, penyalahgunaan dadah, kongsi gelap, buli, tidak menghormati orang tua dan banyak lagi.

Walaupun dunia semakin moden dan ibu bapa semakin berilmu, namun lambakan kes-kes di atas memperlihatkan seolah-olah ada yang tidak kena dalam institusi kekeluargaan masyarakat di sini. Ibu bapa terlalu sibuk bekerja hingga mengabaikan didikan asas pada anak-anak? Kebarangkalian itu ada. Atau boleh jadi, ibu bapa hanya mementingkan pendidikan di peringkat sekolah sahaja, hingga terlupa menerapkan adab-adab tertentu dalam diri anak.

Ya, pendidikan disekolah seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris itu penting untuk masa depan anak-anak anda, tapi jangan lupa, ilmu adab itu mengajar mereka menjadi manusia yang bertimbang rasa dan berakhlak.

Ini adalah 9 adab yang ibu bapa hari ini lupa untuk diajari pada anak-anak mereka.

1. Ucapan ''Minta Tolong'' Setiap Kali Inginkan Bantuan


Bunyinya macam tiada apa-apa, tapi besar maknanya. Mungkin ada dalam kalangan pembaca kami yang pernah berhadapan dengan situasi dimana orang yang meminta bantuan daripada anda, tapi cara percakapannya kasar dan kurang ajar.

Ingatkan anak anda selalu agar menggunakan tutur kata yang sopan dan nada suara yang lembut jika berkehendakkan pertolongan daripada orang, terutamanya daripada mereka yang lebih tua.

2. Berterima Kasih Bila Diberi Pertolongan Atau Dihadiahkan Sesuatu


Ucapan terima kasih adalah cara yang paling mudah untuk memberi penghargaan pada seseorang yang sudi memberi pertolongan pada kita. Dari mana anak-anak mahu membiasakan diri dengan ucapan terima kasih kalau bukan dari rumah, betul tak?

Jadi, apa kata anda latih anak anda untuk mengucapkan terima kasih setiap kali anda sebagai ibu bapa bergaul dengan mereka. Ajarkan mereka berterima kasih selepas kepada ibu setiap kali selesai menjamu selera kerana menyediakan makanan. Mudah.

3. Ucapan ''Minta Diri'' Dan ''Tumpang Lalu''


Yang ini pun penting juga bila masa ibu bapa lepas anak-anak untuk bergaul dalam komuniti. Ada remaja hari ini tidak tahu pun untuk menundukkan sedikit badan ketika melintas di depan orang dewasa, apatah lagi untuk meminta diri ketika beramah mesra dengan mereka.

Jadi sebelum orang bertanya, ''anak siapa ni tak ada adab'', molek kiranya anda terlebih dahulu mendidik anak anda cara-cara mebghormati orang lain ketika di tempat awam, okay!

4. Elakkan Daripada Mencela Rupa Paras Orang Lain


Sudah menjadi lumrah untuk kanak-kanak menegur setiap perkara yang dilihatnya. Ada sahaja yang nak dicakap. Bayangkan jika anak anda melihat orang yang berbadan besar atau berkulit hitam dan mungkin juga melihat orang kurang upaya. Pasti disebutnya secara terus terang berdasarkan apa yang dilihat matanya.

''Gemuknya orang tu''

''Hitamnya mak kulit abang tu''

''Mak kenapa dia jalan senget macam orang tak betul''

Bayangkan perasaan orang yang mendengarnya. Pasti terasa. Jadi, beritahu anak anda bahawa tidak baik untuk menegur fizikal seseorang. Ajar mereka ketika mereka masih kecil.

5. Ajar Mereka Untuk Meminta Kebenaran Terlebih Dahulu


Ia sentiasa lebih baik untuk meminta kebenaran dahulu sebelum menggunakan harta benda orang lain. Jika anda tidak pasti sama ada anda dibenarkan atau tidak menggunakannya, bertanyalah dahulu. Ajarkan pada anak anda.

Anda boleh melatih anak anda daripada rumah lagi. Ajar mereka untuk meminta kebenaran dahulu misalnya jika mahu menggunakan permainan milik adik beradik yang lain.

6. Utamakan Kebersihan


Biar anak anda menjadi pembersih sejak kecil lagi. Jangan biarkan mereka mengotorkan diri mereka dengan makanan atau sebagainya.

Kalau anda tidak menegur mereka sejak mereka kecil, kelak susah pula untuk menerapkan nilai kebersihan pada mereka nanti.

7. Beritahu Mereka Bagaimana Mahu Memberi Respon Kepada Orang Lain


Anda tentu tidak mahu anak anda nanti bersikap acuh tak acuh dalam menyahut sapaan orang lain, ataupun anda sendiri.

Jadi, tidak ada salahnya jika anda meluangkan sedikit masa untuk mengajar mereka bagaimana membahasakan diri ketika menyahut sapaan orang, bagaimana mahu memberi reaksi muka ataupun bahasa badan apabila ditegur.

8. Menghormati Ruang Peribadi Orang Lain


Jika dari kecil tidak di ajar bagaimana mahu menghormati hak dan privasi orang lain, anak anda pasti menghadapi masalah kelak.

Ajar mereka di dalam ruang lingkup kekeluargaan. Jangan menceroboh masuk ke bilik adik beradik yang lain tanpa kebenaran. Mudah je kan.

9. Tingkah laku Ketika Di Meja Makan


Banyak adab di meja makan yang sering kita langgar. Berbual ketika makan, makan dengan laju hingga mengeluarkan bunyi yang tidak menyenangkan, sendawa di hadapan rakan-rakan lain yang sedang makan, serta menghulur tangan untuk mendapatkan juadah yang terletak jauh daripada kita berbanding meminta rakan yang lebih dekat untuk ambilkan.

Ini semua tidak akan berlaku jika ibu bapa mengingatkan anak mereka mengenai adab di meja makan setiap kali makan bersama.

Sumber : Reader Digest
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "