Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Demi Cinta Gila, Lelaki Ini Sanggup Bakar Kereta Bekas Kekasih Dan Mati Bersama-Bersama

2 Apr 2018

Cinta sehidup dan semati, mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh seorang lelaki terhadap bekas kekasihnya. Namun bertukar tragedi apabila si lelaki menggunakan cara yang paling ngeri untuk menamatkan semuanya.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku semalam di Anhui City di China, seorang lelaki bertindak nekad apabila bertindak melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita hingga menyebabkan kereta wanita tersebut berhenti.


Selepas perlanggaran tersebut, wanita sempat keluar daripada keretanya namun tidak lama kemudian ditarik masuk kembali oleh pemandu lelaki yang melanggar kereta tersebut. Lelaki itu kemudian bertindak melompat ke atas kereta wanita tersebut dan mencurahkan gasolin sebelum membakar kereta itu, bersama dirinya dan wanita di dalam kenderaan terbabit.

Kedua-dua mangsa, lelaki dan wanita itu terbunuh dalam kejadian yang dirakam oleh saksi melalui telefon bimbit. Melalui rakaman tersebut, dapat dilihat kereta jenis Land Rover berwarna merah milik wanita itu dijilat api sambil perlahan-perlahan bergerak menuruni bukit.

Tidak lama selepas kejadian tersebut tular, seorang pengguna media sosial mendedahkan identiti kedua-kedua mangsa sebagai saling mengenali dan pernah bercinta sebelum putus. Menurutnya lagi, lelaki tersebut banyak menghabiskan masa merayu kepada wanita tersebutuntuk menerimanya kembali, namun akhirnya ternyata lelaki itu berpendapat jika dia tidak mampu memiliki wanita itu, tiada sesiapa pun yang berhak memilikinya.



Sumber : Shanghaiist
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "