Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahukah Anda Butang 'Soak/Tube' Pada Mesin Basuh Adalah Untuk Mencuci Keladak Dalam Mesin? Bagaimana? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini

10 Apr 2018

Mungkin ada diantara kita yang hanya tahu membasuh pakaian tapi tidak pasti bahawa sebenarnya mesin basuh juga perlu dibasuh untuk mengekalkan fungsinya secara optimum.

Tapi bagaimana pula nak basuh mesin basuh?  Nak kena sental bahagian dalam mesin atau sapu habuk dibahagian luar? Itukah yang dimaksudkan dengan mencuci mesin basuh?

Cuba bayangkan selama bertahun-tahun membasuh baju dengan segala jenis kotoran, pasti sudah berkepuk-kepuk keladak daripada kotoran pakaian yang terkumpul didalam mesin tersebut.  Jadi, apa yang harus kita lakukan untuk memastikan keadaan mesin basuh sentiasa dalam keadaan yang baik dan baju betul-betul bersih?

Perkongsian daripada Mommy Daily ini menjawab persoalan dengan langkah yang disertakan sekali sebagai panduan untuk membasuh mesin jenis automatik di rumah anda.  Semoga perkongsian ini berfaedah buat semua!


via GIPHY

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.



Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "