Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Patut Didakwa",Wanita Mengaku Bunuh Dan Simpan Anak Dalam Peti Ais Selama 14 Tahun Kerana Tekanan Kerja Lebih

7 Apr 2018

Seorang wanita yang didakwa membunuh dan meletakkan dua bayinya di dalam peti sejuk untuk tempoh masing-masing 10 dan 14 tahun akhirnya dihukum penjara di Jerman.

Steffi Schmidt, 46, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selaman p tahun setengah atas jenayah yang dilakukannya itu.

Malah, salah seorang bayinya itu masih hidup ketika dia bertindak mengurung mereka di dalam peti sejuk.

''Apa yang saya buat adalah serius. Saya patut dihukum,'' kata Steffi yang turut memberitahu mahkamah bahawa dia bertindak demikian kerana tekanan kerja lebih.

Malah di turut memberitahu bahawa dia menyimpan mayat kedua-dua anaknya kerana mendakwa dia tidak dapat berpisah dengan mereka.

Jenayahnya terbongkar apabila pihak polis menyerbu rumah wanita itu yang terletak di Bemmdorf, Januari lau selepas mendapat laporan daripada rakan wanita tersebut.

Ketika sesi pembicaraan berlangsung, mahkamah diberitahu bahawa dia menyembunyikan kehamilannya pada tahun 2004, dan melahirkan bayi yang sihat di dalam bilik air rumahnya.

Steffi kemudian bertindak memasukkan bayi tersebut di dalam plastik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.

Bedah siasat yang dilakukan terhadap bayi tersebut menemui bukti bahawa bayi itu masih hidup ketika dimasukkan ke dalam peti ais dan mati disebabkan hipothemia. Empat tahun kemudian, dia melahirkan seorang lagi bayi, namun bayi itu meninggal dunia ketika lahir.

Pihak pendakwa raya meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara selama 10 tahun manakala peguam Steffi, yang juga mempunyai dua orang lagi anak, merayu mahkamah mengurangkan hukuman kepada 6 tahun.

Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "