Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

PM Najib Razak Umum Parlimen Dibubarkan Esok, 7 April

6 Apr 2018

Setelah sekian lama cakap-cakap mengenai pembubaran parlimen dan tarikh Pilhan Raya Umum (PRU) beredar dalam kalangan masyarakat, penantian tersebut akhirnya berakhir pada hari ini apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui satu ucapan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi.

Melalui sidang media itu, Beliau mengumamkan bahawa Parlimen 13 akan dibuabarkan pada Sabtu, 7 April 2018 setelah mendapat perkenan pembubaran parlimen oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong XV, Sultan Muhammad V pada pagi tadi.

Melalui pengumuman tersebut, Beliau turut menasihatkan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar untuk mengadap Sultan, Raja dan Yang Dipertuan Negeri masing-masing bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali bagi Sarawak.

Berdasarkan Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menetapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, daripada tarikh pembubaran Parlimen.

Sejak mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009, PRU-14 adalah PRU kedua yang akan berlangsung di bawah pentadbiran Beliau.

Sebelum ini, media tanah air melaporkan bahawa ketibaan Datuk Seri Najib di Perdana Putra pada 8.40 pagi tadi bagi mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Kabinet. Laporan yang sama juga memberitahu bahawa penganalisis-penganalisis politik tanah air meramalkan bahawa ia berkemungkinan adalah mesyuarat Kabinet yang terakhir sebelum PRU berlansung.

Siakapkeli.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. "Untuk mempermudah kamu Bermain Guys
    www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI Guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || BBM : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||"

    BalasPadam
  3. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "