Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kempen Besar-Besaran Guna DNA Pembuang Sampah Untuk Malukan Mereka Secara Umum

31 Mac 2018

Satu kempen iklan membuang sampah merata-rata telah dijalankan oleh negara Hong Kong dimana menunjukkan identiti pesalah akan dipaparkan diseluruh negara itu melalui papan tanda digital.

Melalui kempen tersebut, dapat dilihat bagaimana setiap proses dilakukan bermula daripada mengesan DNA pembuang sampah dikawasan awam terutamanya di pondok menunggu bas sehinggalah penghasilan identiti dijejaki melalui sistem 'DNA tracker'.



Penggunaan teknologi terkini di dalam papan tanda ‘individu yang dikehendaki’ itu merupakan hasil kerja sebuah agensi iklan di Hong Kong yang bertujuan untuk menangani masalah lambakan sampah-sarap di kawasan bandar itu.

Kempen 'Face of Litter' ini dicipta menggunakan kaedah penciptaan potret digital yang diperolehi daripada keputusan DNA yang diambil daripada sampah sarap tersebut.  Parabon Nanolabs yang merupakan sebuah syarikat dari Virginia mula membangunkan teknologi tersebut sekitar lima tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Pertahanan. Pada ketika itu, tujuan asalnya adalah untuk digunakan sebagai alat penyiasatan kes jenayah.





Melalui analisa air liur atau darah, syarikat ini mampu membuat jangkaan mengenai rupa sebenar pemilik DNA tersebut. Sementara kebanyakan kerja-kerja forensik menggunakan cap jari atau siri-siri data untuk mendapatkan rupa dua dimensi individu yang terlibat, syarikat Parabon cenderung untuk menggunakan DNA sebagai 'blueprint'.

Semua DNA yang ditemui akan dibawa ke makmal untuk diproses. Kemudian, mesin berkenaan akan membentuk lakaran kasar rupa pesalah itu yang lebih menumpukan kepada ciri-ciri yang jelas seperti warna mata, warna rambut, warna kulit, bentuk wajah dan bintik-bintik jeragat pada kulit.


Di samping itu, mereka turut mengklasifikasikan jenis-jenis sampah tertentu dengan kategori umur sasaran. Misalnya, individu dalam lingkungan umur 18 hingga 34 tahun gemar untuk mengunyah gula-gula getah. Oleh itu, sampel dan keputusan DNA gula-gula getah berkenaan secara automatiknya akan merujuk kepada kumpulan umur yang telah dinyatakan sahaja.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. "Hayyy Guys...
    Sedang Bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada Bosan hanya duduk sambil nonton TV sebaiknya SEGERA bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya PIN BBM kami D87604A1 di tunggu lo ^^"

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "