Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Guna Robot Uruskan 'Parcel' Di China Untuk Di Hantar Kepada 'Kaki Shopping' Dalam Talian

20 Jan 2018
2 ulasan

20 Jan - Sudah menjadi kegilaan masa kini untuk membeli-belah secara dalam talian. Pengguna lebih gemar untuk membeli barang-barang yang diidamkan dengan hanya dihujung jari sahaja.

Laman web membeli-belah dalam talian seperti telah menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli apa sahaja yang mereka impikan.

Dari kelengkapan diri sehingga lah kelengkapan rumah, semua boleh didapati melalui laman web tersebut. Cari sahaja apa yang terlintas di hati pasti anda akan jumpa dengan harga yang ditawarkan lebih rendah dari membelinya di kedai. 


Ada sesetengah barang yang dijual oleh laman web membeli-belah datangnya dari luar negara terutamanya negara China. Jika anda membeli produk dari negara China, anda terpaksa menunggu dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu.

Seorang pengguna Facebook, Hadrey Ali memuat naik sebuah video yang menunjukkan bagaimana gudang pengurusan bungkusan di China untuk dihantar ke merata dunia.

Di China, mereka menyusun bungkusan itu mengikut negara yang tertulis di bahagian alamat dengan menggunakan robot khas. Robot ini boleh mengesan alamat anda dan menyusun bungkusan-bungkusan ini mengikut negara yang perlu dihantar.

Perjalanan dari China ke Malaysia juga memakan masa sedikit dan pusat pengurusan di China menerima jutaan bungkusan setiap hari untuk disusun.

Jadi, jika anda memilih untuk membeli barangan di China, anda perlu memiliki sedikit kesabaran untuk bungkusan sampai ke depan pintu rumah anda.

 Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "