Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Makan Roti Pun Boleh Kurus, Tips Dari Doktor Ini Bagaimana Pilih Roti Yang Sesuai Untuk Berdiet

9 Jan 2018

Ramai yang menginginkan bentuk badan yang ideal tidak kira lelaki atau wanita. Namun begitu, tidak ramai yang sanggup berdiet atau tidak sedar sebenarnya mereka sedang melakukan diet yang salah.

Selalu kita lihat roti seringkali menjadi menu utama untuk menggantikan nasi atau makanan ruji lain bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Namun setelah berbulan roti dijadikan sebagai menu utama diet, hasilnya tetap menghampakan. Jarum penimbang masih di angka yang sama. Di manakah silapnya? Pasti stress bukan?

Sedarkah kita sebenarnya tidak semua roti itu sama dan sesuai untuk dijadikan pilihan diet. Nak kurus dengan makan roti boleh, tapi anda perlu tengok label belakang dulu di bungkusan roti. Perkongsian tips dari Dr Malinda Health & Beauty Academy yang tular di facebook ini boleh dijadikan panduan untuk anda pilih roti yang sesuai bagi yang ingin turunkan berat badan.

Ramai yang nak diet dan memilih roti sebagai pilihan tetapi tahukah anda tak semua roti tu sama?

Saya ingat lagi bila saya bawakan bekal untuk anak ke sekolah dengan roti wholemeal, ada kawan-kawan sekolah dia gelak dan kata : Kenapa ibu kau bawakan roti orang kencing manis nih? Hihi.

Ok gak sebenarnya sbb at least mereka aware perbezaan roti dan untuk kesesuaian penggunaan.

Ok, simple je saya nak share satu tip: Jika anda nak mula diet dan nak mencari roti yang lebih sesuai, pilih roti berdasarkan Glycemic Index.


Apa itu Glycemic Indeks?

Glycemic Index (GI) atau Indeks Glisemik ini adalah ukuran relatif bagaimana sesuatu jenis makanan yang mengandungi karbohidrat itu memberi kesan kepada tahap gula dalam darah.

Mudah je, hanya ingat —> Lebih tinggi nilai GI bermakna lebih lebih pantas makanan tersebut diproses dalam badan dan tahap gula akan mencanak naik dengan cepat.

Secara kasar, makanan yang manis dan terproses biasanya mempunyai GI yang tinggi dan perlu dielakkan jika anda nak turunkan berat badan mahupun nak mengawal tahap gula dalam darah.

Tetapi jangan terpedaya kerana tidak semua yang manis tu mempunyai GI yang rendah, sebab tu kena prihatin sedikit dengan jenis makanan dan nilai GI makanan tersebut.

Glycemic Indeks ni diberi dari skala 1 hingga 100 dan di kategorikan kepada 3 kumpulan:

GI Tinggi : 70-100

GI Sederhana : 56 – 69

GI Rendah : 0 - 55

So bila pilih makanan, kena belek skit label kat belakang. Tengok Nilai GI yang diberikan dan pilih makanan GI rendah paling ok, GI Sederhana still better berbanding GI tinggi.



Mantra mudah yang saya selalu kongsikan pada peserta-peserta di Slimming Masterclass ialah ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’

Roti putih tak dilabel putih dengan nilai GI. Cuba anda cari nilai GI roti putih dan share di ruangan komen.

-Dr Malinda

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. nilai GI untuk roti putih ialah 73.

    sumber: http://www.gardenia.com.my/articles/a3.html

    BalasPadam
  3. GI ni reference utk semua makanan atau utk roti sahaja?

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "