Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Kenapa Kakaknya Putih Adiknya Hitam,'' Ibu Ini Luah Rasa Berkecil Hati Dengan Stigma Masyarakat

22 Jan 2018
2 ulasan


Setiap anak dilahirkan dengan keistimewaan dan kelebihan masing-masing.  Ia sepatutnya dilihat sebagai satu keunikan yang luar biasa daripada perspektif ibu bapa ataupun orang sekeliling.

Namun masyarakat kini lebih suka mengadili sehinggakan tanpa sedar telah menyinggung perasaan ibu bapa atau kanak-kanak itu sendiri.

Situasi ini dapat dilihat daripada perkongsian Nurulbadiah yang memiliki sepasang anak perempuan yang sangat comel namum memiliki keunikan yang tersendiri.  Salah seorang daripada mereka mempunyai warna kulit yang sederhana cerah namun sering dibandingkan dengan kakaknya yang berkulit cerah setiap kali berjumpa dengan orang luar.

Kita tidak pernah tahu apa yang dirasai anak kecil ini setiap kali diajukan persoalan yang sama.  Jauh dalam sudut hatinya mungkin terhiris akan perbezaan yang ditokok-tambah masyarakat sekeliling.

I'm so enough with this!
Bila saya keluar dengan anak-anak saya, selalu sangat orang tegur.



Kenapa kakaknya putih adiknya hitam?
(Balqis berkulit cerah and Alliss tanned sikit)

Kadang-kadang bila orang tengok saya yang berkulit cerah ini, orang tanya, "adik beradik ke? Saya jawab ya, adik beradik."  "Oo ingatkan bukan, sebab adik ini hitam kakak dia putih."

I dont mind at all anak saya putih ke hitam. In fact I really love my husband punya skintone.  Hitam manis and saya tak pernah membezakan atau menimbulkan isu warna kulit tapi org luar pulak duk compare between them didepan mereka..

And today masa pergi pasar, macam biasa orang suka tegur anak-anak Nurul.  Lepas itu dia cakap kat Nurul, yang ini ikut emak dia, adik ini gelap sebab ikut ayah dia kot.
(Nurul suka kalau orang kata anak ikut muka nurul or husband, tapi jgn sebut pasal warna kulit sebab satu vibes tak baik untuk anak Nurul)

Pastu dia cakap kt Alliss..tak boleh lah adik pakai baju pink mcm kakak sambil cubit pipi Alliss manja-manja.


Saya tahu mereka tiada niat, saja tegur-tegur tp bg kita orang dewasa okay tapi bagi budak-budak?

Balik rumah lepas mandi saya nak pakaikan baju frozen pink, Alliss menolak.  Aliss tak nak baju pink. Alliss nak putih mcm kakak baru boleh pakai baju pink.

Lepas tu tanya lagi, kenapa Alliss hitam? Kenapa ibu putih ?Kenapa kakak putih?

Terkesima sekejap. Ya Allah tak sukanya Nurul situasi mcm ni.  Nurul dari kecil didik anak Nurul bahawa setiap orang sama rata, sama cantik sama bagus.  Nurul didik anak Nurul supaya tiada perasaan rendah diri diantara satu sama lain..

Tapi Alliss baru 4 years..dah start rasa rendah diri dengan diri dia disebabkan selalu sangat orang duk compare warna kulit dengan Balqis.  The point is, walaupon orang tiada niat nak mengata or just suka-sukaa je cakap macamtu, tapi bila cakap kenapa kakak putih tapi adik hitam akan memberi gambaran kepada anak-anak Nurul bahawa putih itu satu kelebihan and hitam itu satu kekurangan.

Entahlah, kenapa masih ada orang rasa yang berkulit putih lebih cantik lebih bagus and bila berkulit gelap kurang cantik etc.? I cannot brain this!

Siakapkeli.my

Sumber: Facebook Nurulbadiah Lai
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www.updatebetting.co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "