Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Furby', Seekor Anjing Menang Kes Di Mahkamah Selepas Dibelasah Seorang Ahli Perniagaan

9 Jan 2018

9 Jan - Sebuah video tular di laman sosial pabila seorang ahli perniagaan dari Singapura membelasah seekor anjing bernama Furby menggunakan topi keledar telah didenda oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya hari ini.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir menjatukan hukuman itu terhadap Yee Kok Chew, 57, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah hari ini atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa inggeris.

Mahkamah turut mengeluarkan perintah kepada Yee, selaku Orang Kena Saman (OKS) dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda tersebut. Yee dilaporkan telah menjelaskan denda RM8,000 tersebut.


Menurut pertuduhan yang dibacakan, dia didakwa bertindak zalim ke atas seekor anjing jantan baka Mongrel berwarna coklat putih sehingga mendatangkan kesakitan serta penderitaan tidak wajajr terhadap haiwan tersebut.

Kejadian itu didakwa berlaku di pondok keselamatan, Jalan BK6 E/4 (1), Taman Melody, Bandar Kinrara, Puchong pada pukul 8.49 malam, 2 April 2017.

Yee disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) dan dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan 2013) yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.


Tertuduh yang diwakili peguam Jerald Gomez memohon hukuman ringan kerana anjing berkenaan tidak mengalami kecederaan yang serius dan kini berada dalam keadaan yang sihat dan cergas.

"Selepas video kejadian itu tular, OKS telah kehilangan lesen francais dalam perniagaan. OKS juga meminta maaf berhubung tindakannya terhadap anjing itu," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Veterinar, Nabilah Mohammad Zainudin bagaimanpun memohon hukuman berat sebagai pengajaran dan amaran kepada OKS dan masyarakat.

"Kesalahan yang dilakukan oleh OKS adalah serius. Hukuman setimpal harus diberikan supaya jenayah sebegini tidak akan berleluasa," katanya.


Terdahulu, semasa persidangan sedang berlangsung, kedengaran bunyi anjing menyalak dan Nabilah menjelaskan bahawa anjing tersebut turut dibawa bersama ke mahkamah, Majistret Mohamad Ikhwan turut melihat keadaan anjing itu yang dibawa masuk oleh egawai veterinar.

Mengikut fakta kes, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 2.43 saat melalui laman sosial Facebook Malaysian Independent Animal Rescue menunjukkan seekor anjing jantan jenis Mongrel dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar di sebuah kawasan perumahan di Bandar Kinrara, Puchong. - Siakapkeli.my






Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "