Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mana Nak Dapat Kawan Macam Ini, Tangan Saya Tercucuk Duri, Dia Terus Datang Bawa Ketip Kuku Dan Keluarkan Duri Tersebut

18 Dis 2017
4 ulasan

Antara ramai-ramai kawan kita, sudah pasti ada kawan yang sering memberi semangat kepada kita ketika kita jatuh. Dia yang sentiasa positif dalam apa jua masalah. Jarang sekali melihat wajah muram bermasalah.

Tapi kata orang malang itu tidak berbau, kawan yang sentiasa perihatin kini berada dalam kesusahan. Yang dahulunya sentiasa membantu orang lain kini dia yang perlukan bantuan. Namun sebagai kawan yang baik, tidak sanggup melihat sahabatnya berada dalam kesusahan.

Kisah lelaki bernama Badaw Jello, mengenai sahabatnya sangat menyentuh hati. Apa yang dirinya mahukan hanya sedikit bantuan untuk sahabatnya agar mampu meneruskan kehidupan seperti biasa.


Pasangan ini baru berkahwin 8 bulan yang lepas, tapi apa yang berlaku pada mereka baru-baru ini sangat mengejutkan.

Ini kisah kawan saya, nama dia Emmer. Tapi kebanyakkan kenalannya dan termasuk saya juga, lebih selesa panggil dia Emy.

Emy ni seorang yang pandai ambil hati sesiapa sahaja. Cara Emy layan seseorang tu, boleh membuatkan orang tu rasa seperti seorang raja yang sedang dihidangkan makanannya sambil duduk di kerusi takhta.

Senang cerita kalau kita lepak dengan Emy ni, tak kira lah baru kenal atau dah lama kenal. Emy senang nak "masuk kepala" (friendly) serta memahami dan pandai layan kita.

Emy seorang kawan yang pandai angkat mood seseorang bila dia perasan kawan dia tengah down. Sebab ini juga, ramai yang suka lepak dengan dia. Dan saya yakin anda yang membaca ni juga ada kawan seperti Emy kan?


Emy ni baru je berkahwin dan tak sampai lagi setahun.

Kasih dan sayang pada isterinya Anis ternyata pada 1 benda yang dia selalu lakukan, iaitu Emy seorang suami yang selalu bertanya "Awak okay tak?" setiap kali bila dia perasan perubahan dalam wajah isterinya Anis.

Ada satu insiden yang pernah berlaku dekat saya yang saya masih ingat sampai sekarang.

Suatu hari tu, kami sedang tolong kakak angkat kami mengemas rumahnya. Nak pendekkan cerita masa kami sedang mengemas, ada duri tercucuk di celah isi kuku saya. Yang saya boleh beritahu, rasa pedih dia ibarat seperti satu luka yang dah melekat, kemudian dikoyakkan semula dengan paksaan.

Semua orang di dalam rumah yang sedang mengemas hanya bertanya "Jari kau okay tak?" dan hanya cakap "Ala sikit je, nanti okay lah tu"

Tapi bukan Emy...

Ini apa yang Emy buat :

1. "Tengok sat jari kau.." sambil dia tarik dan pegang jari saya.

2.  Jarak muka dia dengan jari saya lebih kurang 5 inchi (memang betul-betul dekat).

3.  Kemudian dia ambil ketip kuku dan berusaha untuk keluarkan duri tersebut.

4.  Lebih kurang setengah jam mencuba, dia berjaya keluarkan duri tadi tu.


"Ya allah, leganya, " kata saya dalam hati lepas duri itu di tarik keluar.

Mana nak dapat kawan yang sanggup buat macam ni? Hanya 1 dalam sejuta..


Baru-baru ni saya terima berita buruk. Emy sedang convoy bersama keluarganya.
(Maksud convoy : sekelompok kenderaan yang dalam perjalanan bersama-sama)

Sedang meneruskan perjalanan dari Nilai ke Jelebu, tiba-tiba keluarga mereka sedar yang kereta Emy tiada di belakang. Bila patah balik, apa yang memeranjatkan adalah kereta Emy eksiden dan masuk dalam gaung (sedalam 15 meter).

(Kalau dah masuk gaung tu, anda boleh bayangkan sendiri betapa teruknya situasi tersebut)


Keadaan keretanya pula teruk. Dan bila saya kata teruk, memang betul-betul teruk. Ambulance datang ke tempat kejadian dan membawa Emy dan isteri ke hospital seremban.


Ini apa yang berlaku selepas mereka sampai di hospital :

1. Emy dan Anis masuk wad kecemasan.

2. Emy dalam proses kembali stabil, tetapi bengkak di kepala, rahang dan rusuk kiri. Mukanya pula luka dan bercalar balar.

3. Isterinya Anis pula tidak sedarkan diri.

4. Selepas di rawat, doktor memberitahu Anis terpaksa ditahan.

5. Doktor perlu operate Anis di kedua pergelangan tangan untuk di masukkan besi kerana patah.


6. Dalam lingkungan 12 jam selepas kejadian, Emy masih berdegil duduk di hospital untuk teman isterinya Anis.

7. Kebanyakkan masa, Emy terpaku duduk diatas kerusi dan tidak melepaskan pandangan serta meletakkan sebelah tangan pada tubuh isterinya

8. Rumah Emy dan Anis berada di selangor, jadi Emy perlu ulang alik dari selangor ke hospital seremban untuk menjenguk isterinya.


(Kereta sudah teruk.. badan dan muka pula luka-luka. Bagaimana Emy nak bergerak? )

Kalau lah saya berada pada tempat Emy sekarang, saya tidak boleh bayangkan apa yang berada di dalam fikirannya.

Emy adalah seorang yang mampu menukarkan mood negatif ke positif dalam sekelip mata. Tetapi apa yang berlaku kali ini. Betul-betul buat Emy terpaku.

Saya tak sanggup melihat kawan saya di dalam keadaan yang begitu sedih macam ni...

Jadi saya sebagai kawan Emy, nak minta pertolongan dari anda semua untuk bantu ringankan beban Emy dari segi kewangan.


Kehidupan ni tak tentu. Kadang-kadang kita di atas (senang), kadang-kadang kita di bawah (susah). Jadi masa kita berada di bawah. Apakah perkara yang anda ingin orang lakukan untuk bantu anda?

Jika jawapan anda ingin di bantu dengan sumbangan, begitu jugalah Emy.

Kita lihat begini sahaja lah. Kalau 1 orang derma RM10. 100 orang dah RM1,000.

Apa lah sangat RM10 tu jika nak dibandingkan situasi kita (yang tengah selesa) dengan keadaan Emy. Nak atau tidak, RM10 tu kita tetap akan guna dan kita tak tahu lagi akan gunakan untuk apa.

Cuma bezanya..

Kalau kita gunakan RM10 tu untuk Emy sekarang, dah tentu kita tahu duit itu telah bantu kurangkan beban seseorang.

Ketahuilah dengan RM10 yang tuan tuan dan cikpuan sumbangkan, ia tidak dapat pulihkan parut luka Emy dan Anis. Tetapi ia dapat pulihkan semangat kawan saya Emy.

Jika tak dapat bantu dengan sumbangan, share lah post ni. Supaya lebih ramai lagi baca cerita ni.

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan pada emy.

Boleh buat transfer dekat akaun ni ya.

CIMB :
12090053747527
Atas nama - Emmer Faizal

Terima kasih sebab baca cerita Emy dan Anis.

(Jika ada sesiapa yang lemah tengok darah, saya nasihatkan jangan tengok gambar kedua terakhir)


Sumber - Badaw Jello
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  3. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "