Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kesian Anak Kecik Lagi, Nak Dera Anak Ke?" - Belajar Didik Anak Sebagai Hamba, Untuk Elak Menjadi Derhaka

27 Dis 2017
2 ulasan

Anak adalah anugerah tidak ternilai yang diberi Tuhan. Amanah yang diberi perlu dijaga dan dibentuk dengan baik. Didikan yang diberi oleh ibu bapa adalah acuan bagaimana anak itu apabila dewasa nanti.

Anak-anak masa kini telah dimanjakan sehingga hilang hormat kepada ibu bapa. Mereka ini ditatang bagai minyak yang penuh, tidak pernah dijentik dan dicubit serta dipenuhi segala keinginan  kehendak. Namun akhirnya, anak-anak ini menjadi raja buat ibu bapa mereka.

Sikap ingin membantu, taat dan belas kasihan terhadap ibu bapa mereka sudah tiada. Apa mereka tahu kehendak mereka perlu dituruti.

Didik anak sebagai hamba, satu perkongsian yang dikongsi oleh saudara Hasrul Hassan adalah cara bagaimana mendidik anak agar mereka tidak menjadi raja pada masa hadapan nanti. Selain dari mengelakkan anak menjadi anak derhaka.


Didik anak sebagai 'hamba'. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang.

Didik anak sebagai 'hamba'. Tajuk memang nampak seperti tidak berperikemanusiaan, tapi itulah hakikat mendidik anak zaman sekarang. Tak boleh ikut macam ibu si Tanggang, manjakan anak sampai anak jadi raja dan ibu jadi hamba. Salah didikan cara begini. Kalau mahu anak yang taat, mesti didik anak sebagai seorang hamba.

Mungkin tak ramai setuju dengan kenyataan ini. Terutama ibu bapa yang melihat bahawa anak tersebut perlu dicurah kasih sayang bak menatang minyak yang penuh.

Didik Anak Sebagai 'Hamba' Supaya Tidak Menjadi 'Raja' Zalim

Pernah tak anda melihat senario di mana si ibu sibuk membuat kerja-kerja di rumah, seperti membasuh, mengemop lantai, memasak malah mengemas bilik si anak. Walhal, si ibu ada dua tiga orang anak dara yang duduk bersenang lenang di depan TV, atau mengadap smartphone .. atau berchating depan laptop?

Nah.. Apabila disuruh untuk tolong, terus merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa. Lagi teruk, anda yang angkat kaki, merajuk dan tarik muka.. Hanya kerana meminta untuk tutup air jerangan di dapur. Uhh .. kepala digeleng sepuluh kali pun tak jadi apa... hurmmm..

Tak kurang juga anak lelaki, mana mahu nak buat kerja-kerja yang selalu dilakukan oleh perempuan? Hilanglah macho .. rasa macam kelakian kena sagat kat atas tar jalanraya .. erkk.


Anak Jadi 'Raja' Sebagai Berleluasa

Budaya anak menjadi raja semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi 'hamba' sejak dari kecil. Ramai pasangan ibu bapa yang terlalu manjakan anak. Kehendak anak semua dituruti, al maklumlah .. berkemampuan lebih dan tak terima BR1M. Harga barang naik pun tak ada hal .. anak minta itu ini, diberikan sahaja .. agar dapat "I Love U Daddy ...".

Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Ya ibu bapa kaya berharta .. tapi nak sampai berjaya begitu .. bukan mudah.Ada anak-anak ni ambil tahu? Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila ditempat ibu bapa mereka... jadi bagaimana nak tahu, bagaimana nak appreciate?

Ini Alasan Banyak ....

Bila ada beritahu .. jangan manjakan anak. Ini alasan mereka ...

"Kesian anak tu kecik lagi.."
"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" kepada anak sampai ke tua. Bila anak jadi begini, kita kata mereka anak derhaka ...  nah, pi tempeleng diri sendiri ... dari mana mereka itu datang kalau nasi tidak tumpah ke kuah?

Bukan itu sahaja...

Ada anak yang dah kahwin beranak pinak pun masih menyusahkan mak pak. Benda ni berlaku, dan saya sendiri dah banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri .. bukan dari drama TV slot Akasia ye..

Betul. Ini terjadi dalam dunia masa kini .. baju laki bini anak beranak si emak yang basuh. Umur dah lebih 30 tahun kot...

Makan lak... laki bini anak beranak...  mak yang masak. Nak beli sesuatu kat kedai, diminta si ayah yang dok bertongkat pergi belikan. Adeh..

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila sudah jadi dewasa. Kalau buatpun, tak ikhlas dan hanya lakukan secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh.

Anak-anak yang telah dewasa, berumah-tangga, beranak-pinak ini akan jadi raja kerana tiada kesedaran dalam diri mereka. Mak bapak menjadi hamba mereka. Apa yang mereka tahu. Selagi mak bapak ada, selagi itulah mereka terus bergantung hidup...

Saya bukan mahu para ibu bapa untuk dera anak. Dalam Islam sendiri pun ada tingkatan cara didik anak ini. Guna sahaja tips dan panduan yang telah Nabi Muhammad S.A.W sarankan. Jika nabi kata pukul. maka pukullah. jika nabi kata ajarkan anak sholat. maka ajarkanlah.

Ibu bapa harus sedar, bermula dari anak berumur 2 tahun, mereka perlu dipupuk dan dididik supaya menjadi 'hamba'. Arah mereka lakukan sesuatu, paksa mereka. Jangan terlalu lembut hati.
  • Usah terlalu kasihankan anak
  • Jangan terlalu memanjakan anak
  • Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
  • Ajar mereka tentang kerja rumah
  • Ajar mereka erti kehidupan
  • Pupuk kesedaran dalam diri mereka
  • Ajar anak perempuan kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. 
  • Didik anak perempuan mengenai kebersihan, terutama kebersihan diri.
  • Anak lelaki kena biasakan mereka untuk ringan tulang. 
  • Ajar juga anak lelaki untuk membuat kerja-kerja seperti bertukang, betulkan paip air, siram pokok dan macam-macam lagi.
  • Kalau boleh, ajar juga perkara yang anak perempuan buat seperti memasak. Tak ada salah, malah nanti akan jadi satu bonus sebagai seorang lelaki dewasa.
Anak kita, acuan kita. Ajari dan didik mereka dengan kasih sayang tapi perlu tegas dan pastikan mereka ikut arahan.

Biar dididik sebagai hamba, jangan bila dah besar jadi raja. Dan paling ditakuti, bertukar menjadi anak derhaka, yang dimurkai oleh Allah S.W.T


Sumber - Hasrul Hassan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "