Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Aktor' Kasanova Ligat Perdaya Artis Wanita, Lelaki Lembut Untuk Mendapatkan Wang

16 Dis 2017
2 ulasan

Petaling Jaya: Seorang pelakon lelaki dikatakan menggunakan ketampanan wajahnya serta susuk tubuh yang sasa unuk memperdayakan orang ramai termasuk artis wanita.

'Aktor' kasanova ini mencari mangsa dikalangan wanita cantik dan pelakon-pelakon wanita yang baharu mencipta nama serta individu yang mempunyai masalah cinta utuk didekati sebelum dia mula mempengaruhi dengan menabur janji-janji manisnya.

Motif kasanova ini hanyalah untuk mendapatkan wang daripada mangsa yang berjaya masuk dalam perangkapnya selepas mereka terperdaya dengan pujuk rayu lelaki ini yang mengajaknya berkahwin.

“Saya rasa pelik. Kenal baru sekejap dah nak ajak kahwin? Siap jumpa keluarga. Tapi saya bernasib baik kerana terbuka hati untuk menyiasat kedudukan lelaki ini sehinggalah saya dapat tahu sudah ramai orang ditipunya,” ujar pelakon tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.

Bukan hanya bersandarkan kepada ketampanan paras tupa yang dimiliki, pelakon lelaki ini dipercayai turut menggunakan taktik dengan bergaya bersama kereta mewah namun kenderaan itu bukan miliknya.

Selain daripada artis wanita baharu, golongan lelaki lembut juga menjadi mangsa sasaran kasanova ini bagi mendapatkan hasil lumayan.

Difahamkan, pemuda ni turut menggunakan wartawan hiburan bagi mendapatkan publisiti dengan berkongsi kenyataan palsu mengenai kerjayanya.

Artikel yang diterbitkan dikatakan menjadi modal bagi dia menyakinkan beberapa pihak untuk meneruskan sindiket penipuannya itu.

Menurut laporan yang dipetik dari mStar Online, pelakon ini didapati memiliki kad keahlian Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan dan peras ugut.

Antara laporan polis dibuat terhadapnya termasuk di Puchong, Serdang, Taman Melawati dan Tanjung Rambutan.

Sumber- mStar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "