Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rasmi! IKEA Pertama Dibuka Di Johor, Rugi Kalau Korang Tak Serang Openingnya

14 Nov 2017
5 ulasan

IKEA, satu nama global yang tidak perlu lagi kami perkenalkan. Kalau korang nak beli perabot atau barang perhiasan rumah ke, benda pertama yang terlintas dalam kepala mesti IKEA! Mana taknya, kat IKEA korang dipamerkan dengan banyak pilihan rekaan perabot moden dan futuristik.


Semua perabot di IKEA memiliki rekaan minimalis sesuai dengan gaya hidup kita yang semakin ke arah ‘micro living’. Jadi tidak hairanlah walau sekecil mana pun saiz rumah korang, kini korang boleh menghasilkan rekaan rumah yang cantik dengan menggunakan perabot dari IKEA. Tak ada dah alasan, “alaa rumah ko besar, memang la cantik”.



via GIPHY

IKEA pada mulanya menapak di Malaysia pada tahun 1996 sebagai sebuah gedung yang menjual barang hiasan rumah yang terletak di dalam sebuah pusat membelibelah di Bandar Utama.

Gedung kecil ini kemudiannya mendapat momentum yang cukup untuk berkembang pada 2003, IKEA berpindah ke premis mereka sendiri, sebuah bangunan biru di Mutiara Damansara. Di situlah terletaknya gedung IKEA terbesar di Asia pada masa itu.


Kemudian, mereka membina satu lagi gedung IKEA dengan keluasan 20% lebih luas daripada sebelumnya di Jalan Cochrane, Cheras pada tahun 2015. 

Setelah hampir dua tahun beroperasi dengan dua gedung di kawasan Kuala Lumpur, kini warga selatan boleh senyum lebar kerana IKEA akan dibuka di Johor Bahru, khas untuk pengunjung warga selatan.

Gedung terbaru IKEA terletak berhampiran Jalan Desa Tebrau, Johor Bahru, gedung ini adalah cawangan pertamanya di wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Jadi korang dah tak perlu susah payah turun ke KL untuk membeli belah di IKEA lepas ni. 


via GIPHY

IKEA Tebrau merangkumi kawasan seluas 46,713 meter persegi yang menjadikannya gedung IKEA terbesar di Asia Tenggara. Ianya memiliki semua ciri yang ada seperti gedung IKEA lain termasuk 54 bilik pameran bagi kelengkapan rumah.

Selain itu, terdapat lebih daripada 8,000 hiasan rumah rekaan Sweden ditawarkan di gedung baru ini. Wow, ni kalau pergi pagi, balik tengah malam jugak ni. Banyak sangat pilihan, korang jangan sesat pulak kat dalam tu nanti.


via GIPHY

IKEA Tebrau secara rasminya akan dibuka pada 16 November ini dan terdapat pelbagai aktiviti dan tawaran menarik yang akan dihidangkan kepada pengunjung yang datang pada hari perasmian seperti aktiviti Face Painting, Photobooth dan macam-macam lagi lah.

IKEA turut akan mengedarkan beg biru ikonik IKEA kepada 10,000 pengunjung pertama termasuklah beberapa lagi barang mainan cool seperti topi viking, bendera sorak dan banyak lagi. Rugi sangat-sangat kalau korang tak serang sewaktu hari pembukaannya nanti.


Sehingga ke hari ini IKEA menjadi salah satu tempat tumpuan terutamanya di hari minggu. Pada kami, ianya bukan sahaja terletak pada aspek rekaan gedung ‘puzzle’ yang menarik dan tawaran pilihan rekaan perabot moden yang banyak, tetapi di IKEA, seronoknya lepak dan hangout dengan kawan-kawan adalah disebabkan ada meatball! Sedapnya sampai penulis sendiri meleleh air liur.


Korang boleh check out laman utama IKEA untuk keterangan dan informasi yang lebih lanjut berkenaan hari pembukaan IKEA Tebrau pada 16 November ini. Kami juga sertakan sekali peta untuk korang jadikan rujukan nak ke sana nanti.

Selamat bergembira dengan IKEA baru, warga Johor! Tak lama lagi, korang akan dapat lebih banyak pilihan.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. Ingin Bermain Poker Online atau togel Dengan Uang Asli ?
    Tapi Ngak Tau Situs Poker Online Yang Bisa Di Percaya . ?
    Dewalotto^info situs paling terpercaya
    Dengan Pelayanan Terbaik ( Customer Service ) .
    Customer Service Online 24 Jam .
    Infomasi Lengkap Kunjungi : DEWALOTTO

    BalasPadam
  5. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "