Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Pembuli Akan Dihantar Jalani Latihan Teori Dan Fizikal Bersama ATM Dan PDRM'' - Timbalan Menteri

27 Nov 2017

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, pelajar yang didapati terlibat di dalam salah laku disiplin, terutamanya buli akan di hantar menjalani latihan berbentuk teori dan fizikal bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Selain itu, pelajar yang mempunyai kecenderungan terbabit dalam isu disiplin turut akan terlibat dalam latihan ini yang disifatkan sebagai usaha kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan untuk menangani gejala buli di sekolah.

"Kementerian melaksanakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menangani isu disiplin murid secara lebih berfokus, termasuk bersama ATM dan PDRM.

"Murid yang terbabit dalam salah laku disiplin akan diberikan latihan berbentuk teori dan fizikal secara berterusan dengan menggembling kepakaran serta kemahiran anggota tentera dan polis dalam pelaksanaan aktivitinya.

"Kita juga menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah, mewujudkan Pegawai Perhubungan Sekolah dengan kerjasama polis serta mengadakan permuafakatan bersama ibu bapa, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi menangani isu ini," katanya.

Beliau pada masa yang sama turut menjelaskan bukan semua 402 buah sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah 'hotspot' dalam Kategori 1 (masalah disiplin) dan Kategori 3 (masalah disiplin dan dadah) memiliki masalah berkaitan dengan disiplin, penyalahgunaan dadah dan jenayah.

"Ada yang kita senaraikan kerana berdasarkan maklumat polis, sekolah itu berada di kawasan yang berisiko tinggi berlaku jenayah.

"Penyenaraian itu membolehkan kementerian memberi lebih perhatian pada mereka," katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa penglibatan guru bimbingan dan kaunseling dalam menjalankan beberapa ujian personaliti terhadap pelajar adalah antara langkah berterusan yang disusun oleh kementerian bagi membendung isu buli.

"Guru bimbingan kaunseling di sekolah menjalankan beberapa ujian personaliti seperti ujian personaliti TAJMA dan ujian personaliti Sidek bagi mengenal pasti murid yang memiliki personaliti cenderung kepada keganasan dan buli," katanya lagi.

Datuk Chong Sin Woon turut menambah bahawa persoalan sama ada ibu pelajar yang membuli boleh diheret ke mahkamah atau sebaliknya tidak termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

"Jika pembuli adalah pelajar berusia bawah 16 tahun dan melakukan sesuatu yang serius seperti membabitkan nyawa atau kecederaan serius, kes akan dirujuk polis, selain tindakan boleh diambil oleh mahkamah juvana," kata Datuk Chong Sin Woon.

Senarai Penuh 402 Buah Sekolah Kategori 1 Dan 3 Mengikut Negeri :










Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll hanya di F4ns Bett1ng, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  3. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "