Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Liga Mobile Legends Profesional Buat Pertama Kalinya Untuk 'Gamers' Malaysia Dan Singapura, Hadiah Keseluruhan USD100,000

16 Nov 2017
3 ulasan

Dunia permainan atas talian nampaknya begitu pesat kini berkembang begitu luas di Malaysia dan dunia, ramai nama-mana terkenal sudah berjaya dilahirkan dalam bidang ini terutamanya dalam permainan DOTA 2, bahkan mereka ini bergelar jutawan hanya dengan bermain game.

Jadi, fenomena itu juga akan berlaku kepada permaianan atas talian yang kini melonjak naik di Malaysia, Singapura dan negara lain di dunia iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Game ini kini menjadi kegilaan ramai netizen termasuk dari kalangan remaja belasan tahun kerana mudah untuk dimainkan, dengan hanya menggunakan telefon pintar tanpa perlu berfikir untuk berhabisan ribuan ringgit membina atau membeli komputer yang mahal untuk paparan grafik tinggi.

Jadi, jika korang sudah lihat nama seperti Daryl Koh Pei Xiang (iceiceice) dari Singapura dan Wong Hock Chuan (ChuaN) dari Malaysia yang mencipta nama dan yang membawa pulang jutaan ringgit dari dunia permainan atas talian untuk Dota2, kenapa pula bukan korang dan kawan-kawan mencipta nama dalam game Mobile Legends dengan menjadi juara dan bergelar jutawan seperti mereka ini?


Apa lagikan, jangan lepaskan peluang untuk menjadi seperti mereka ini dimana tidak lama lagi akan dianjurkan satu pertandingan MOBILE LEGENDS PROFESSIONAL LEAGUE - MPL - MY/SG yang merupakan pertandingan MLBB profesional pertama kalinya dianjurkan di Malaysia dan Singapura yang menawarkan hadiah keseluruhan USD100,000.

Tak percaya? Tengok video ni dulu.


Gempak tak? Jadi, dari main saja-saja nampak seperti buang masa, bangga share ke Facebook jer, baik korang join League ini, register di mpl.mobilelegends.com.

Bila register nama dan team korang, korang akan lalui tiga pusingan iaitu pusingan (1)Qualifiers, (2) Regular Seasons dan (3) Playoffs seperti di bawah.


Pendaftaran pertama atau Qualifier 1 akan dibuka pada 14 November hingga 21 November 2017 ini untuk pasukan dari Malaysia sahaja dan pertadingan akan berlansung pada 24 Novermber 2017 hingga 26 November 2017. Untuk Pasukan dari Singapura pula anda boleh register untuk Qualifier 2 pada 21 November 2017- 28 November 2017 dan pertandingan akan berlansung pada 1 Disember 2017 – 3 Disember 2017 dan  seterusnya Qualifier 3 seperti di bawah untuk pasukan dari Malaysia di mana pendaftaran adalah sama di mpl.mobilelegends.com.


*Hadiah untuk pusingan Qualifier adalah USD 400 untuk top 2 dan  USD 200 untuk tempat ketiga

Apa yang korang perlu tahu, jumlah permain aktif untuk MLBB di Malaysia dan Singapura adalah 1,1 juta orang sehari dan pertandingan ini hanya dibuka terhad untuk 512 pasukan sahaja bermula dari Open Qualifiers, jadi ianya sudah pasti, siapa cepat register dia akan dapat.

Lebih menarik, pertandingan MPL MLBB ini akan disiarkan oleh saluran televisyen eGG Network iaitu sebuah saluran e-sports terkenal Asia Tenggara.


Apa itu Mobile Legends: Bang Bang?

MLBB adalah sebuah permainan pertempuran multiplayer di dalam sebuah arena pertempuran di mana ianya perlu dimainkan di atas talian atau Bahasa mudah ‘game online’ dengan hanya menggunakan telefon pintar anda.

Game ini merupakan permainan berkumpulan seramai 5 orang yang setiap Permain akan mengawal satu watak hero yang dipilih mengikut kepakaran masing-masing iaitu ‘Support’, ‘Carry’, ‘jungler’ dan ‘tank’, mereka harus mengatur strategi untuk memusnahkan kubu lawan sambil membeli item atau senjata untuk memastikan hero dipilih menjadi lebih ‘kuat’ untuk bertarung.

Permainan yang telah dilancarkan pada 11 Julai 2016 ini kini telah dimuat turun sebanyak 100,000,000 kali seluruh dunia di mana seramai 1.1 juta permain aktif dicatatkan setiap hari di dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.

Ini bermakna  permainan ini masih terlalu sedikit jaguh untuk dibanggakan, jadi anda mungkin antara perintis yang akan berjaya di dalam permainan Mobile Legends ini.


Liga Professional Mobile Legends:Bang Bang dibawakan oleh penaja lagenda, Honor 8 Pro - Smartphone AI pertama dalam pasaran.

BACA: Senarai 10 Pemain DOTA Yang Terkaya Di Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "