Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Janda Rugi RM7.9 Juta Beli Nombor Ramalan

4 Nov 2017
5 ulasan

Ditipu seorang lelaki didakwa menawarkan nombor ramalan menyebabkan seorang janda kaya kehilangan wang berjumlah RM7.9 juta.

Kegagalan memberi nombor yang dijanjikan menyebabkan mangsa disediri ditipu lelaki berkenaan dan membuat laporan polis, semalam.

Mangsa melakukan 22 transaksi sepanjang Julai hingga September dengan memasukkan lebih RM7 juta lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, wanita berusia 49 tahun itu menggunakan wang insurans kematian suaminya dan harta sepencarian mereka bagi mendapatkan nombor ramalan berkenaan.

"Mendiang suaminya adalah seorang jutawan dan mempunyai syarikat sendiri sendiri selain menjadi pemegang saham.

"Selepas kematian suaminya awal tahun ini, segala harta milik suami diserahkan kepada wanita itu sebelum dia menggunakan wang berjumlah RM7,927,160 bagi mendapatkan nombor ramalan," katanya.

Tambahnya, mangsa tidak pernah berjumpa dengan lelaki terbabit selepas berkenalan di laman sosial Facebook, Julai lalu.

Jelasnya, lelaki terbabit mendakwa bekerja di sebuah syarikat nombor ramalan di Hong Kong sebelum menawarkan nombor ramalan berharga RM102,300 bagi mendapatkan hadiah berjumlah kira-kira RM5.5 juta.

"Selepas pembayaran pertama, mangsa diminta memasukkan sejumlah wang lagi melalui empat akaun berbeza bagi tujuan pembayaran cukai peribadi serta kerajaan.

"Bagaimanapun, nombor ramalan yang dijanjikan belum juga diterima walaupun pembayaran terakhir dibuat dua bulan lalu," tambahnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Mari bergabung ngan saye di www*fansbetting*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  5. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "