Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Air Percuma Untuk Rakyat Negeri Kedah Jika Guna Bawah 20 Meter Padu'' - Menteri Besar

13 Nov 2017
One Comment

Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan berita gembira buat rakyat negeri Kedah iaitu pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik dengan syarat penggunaan maksimum 20 meter padu (mq) sebulan bermula awal tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah mengumumkan insentif tersebut bakal memberi manfaat kepada 221000 pengguna domestik yang memiliki bil bulanan tidak melebihi RM10.

Ujarnya lagi, keputusan yang dibuat kerajaan negeri itu bertujuan menggalakan penjimatan air bersih terawat selain meningkatkan kapasiti margin simpanan di kolam tangkungan.

"Pemberian ini memanfaatkan 221,000 akaun pengguna atau 38 peratus daripada 579,000 akaun pengguna domestik di Kedah.

"Untuk inisiatif ini, kos tanggungan kerajaan negeri kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) secara puratanya berjumlah RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun.

"Pengecualian ini kita berikan kepada pengguna dengan bil 20 meter padu sebulan atau RM10. Maksudnya hanya pengguna yang memiliki bil sehingga RM10 dikecualikan dan jika bil RM10.10, maka dia kena bayar penuh," katanya.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahmad Bashah ketika membentangkan Bajet 2018 bersempena Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-13.

Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan perbelanjaan keseluruhan RM 1.38 bilion untuk Bajet Kedah 2018 yang bertemakan 'Menerus Kemajuan, Menzahir Impian' dengan kadar defisit RM 75.72 juta peratus, berbanding defisit 10.28 peratus pada tahun 2017 dan 14.95 peratus pada tahun 2016.

Ahmad Bashah turut memberi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelulusan lima projek bekalan air luar bandar yang baharu melalui peruntukan pinjaman.

"Matlamat melaksanakan projek ini adalah untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bekalan air terawat yang mencukupi, selamat dan bersih kepada penduduk Kedah terutama di luar bandar.

"Antara projek terbabit meliputi projek maniktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang, Jenun Baru, Bukit Selambau, Sungai Limau dan Lubuk Buntar Lama.

"Menerusi usaha menaik taraf loji sedia ada, penggantian paip secara berkala, kecekapan pengurusan agihan bekalan, tindakan tangkas melayani aduan pengguna serta peningkatan produktiviti tenaga kerja," katanya.

Ketika mengulas isu bekalan air terawat di Pokok Sena dan Pendang, Ahmad Bashah memberitahu bahawa penyiapan Loji Sungai Santap dengan kos pinjaman Kerajaan Persekutuan bernilai RM 60 juta akan dimuktamadkan dengan jangkaan bekalan 30 juta liter padu sehari.

"Dalam usaha jangka panjang, pelaksanaan projek Jeniang Transfer yang bernilai hampir RM12 bilion dijangka memperkukuhkan margin simpanan sumber air mentah terawat negeri.

"Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) turut menyumbang RM5.54 juta bagi projek bekalan air luar bandar retikulasi Kedah," katanya lagi.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Kalah melulu di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "