Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

410,500 Peminjam PTPTN Tak Pernah Bayar Walau Satu Sen Pun

14 Nov 2017
2 ulasan

Hampir setengah juta peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih belum pernah membayar walau satu sen pun daripada sejumlah RM 2.79 bilion yang dipinjam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sejumlah RM 6.84 bilion telah dipinjam, seramai 410,500 peminjam masih gagal memulakan sebarang pembayaran.

Beliau dalam jawapan bertulisnya berkata, kerajaan sepatutnya mengutip sebanyak RM 18.97 bilion namun hanya sebanyak RM 12.13 bilion sahaja yang berjaya dikutip hingga 30 September.

''Daripada jumlah RM 6.84 bilion itu, RM 2.79 bilion adalah jumlah daripada mereka yang masih belum membayar walau satu sen pun, manakala RM 4.05 bilion lagi adalah mereka yang masih membayar, namun jumlah bayaran tidak mengikut jumlah ansuran yang ditetapkan.

''Daripada sejumlah 410,500 peminjam yang masih belum membuat pembayaran, 355,272 peminjam adalah Bumiputera yang melibatkan pinjaman sebanyak RM 2.44 bilion, manakala 55,228 peminjam lagi adalah bukan Bumiputera dengan jumlah pinjaman sebanyak RM 0.35 bilion'', katanya lagi dalam jawapan bertulis bertarikh 8 November.

Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi menjawab soalan yang diajukan oleh seorang Ahli Parlimen DAP, Er Teck Hwa, yang bertanyakan kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai jumlah peminjam yang sudah melangsaikan pinjaman, membayar separuh daripada pinjaman atau gagal membayar pinjaman PTPTN tersebut.

Tambah Datuk Seri Idris lagi, semenjak PTPTN ditubuhkan, seramai 1,900,743 peminjam sudahpun bergraduasi daripada universiti sehingga 30 September.

''Daripada jumlah keseluruhan RM 12.13 bilion yang sudah dibayar, RM 6.55 bilion dikutip daripada 970,330 peminjam Bumiputera, manakala RM 5.58 bilion lagi dikutip daripada 519,913 peminjam bukan Bumiputera.''

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 bulan lalu mengumumkan bahawa diskaun sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada mereka yang melangsaikan pinjaman PTPTN menjelang Disember tahun depan.

Manakala diskaun 10 peratus akan diberikan kepada mereka yang menyelesaikan separuh daripada pinjaman, serta mereka yang membuat pembayaran melalui potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada 410,500 peminjam tersebut, 58 peratus daripadanya adalah mereka yang sudahpun menamatkan pengajian mereka dalam tempoh empat tahun lalu, manakala 41 peratus lagi adalah mereka yang sudah bergraduasi dalam tempoh 5 hingga 12 tahun lalu.

Baki 1 peratus lagi adalah mereka yang sudah bergraduasi lebih daripada 12 tahun yang lalu.

Sumber : New Straits Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "