Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siti Nurhaliza Kini Bergelar Datuk Seri

24 Okt 2017

PEKAN 24 Okt. - Penyanyi popular negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin kini bergelar Datuk Seri.

Beliau dan tiga selebriti lain antara 101 individu yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar hari ini.

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tiga selebriti lain yang menerima anugerah kebesaran adalah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau namanya Datuk Idris Md.Yusof yang turut menerima SSAP.

Pereka fesyen Jovian Mandagie pula dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk manakala pelakon Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan darjah dan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar. -

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "