Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Tidak Halang Kalau Jodoh Iqbal Dengan Datuk Seri Vida - Ibu

19 Okt 2017

Ibu kepada Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu pembantu peribadi Datuk Seri Vida, tidak menghalang jika jutawan kosmetik itu menjadi menantunya.

"Saya tidak akan menghalang jika ditakdirkan Datuk Seri Vida menjadi menantu," katanya.

Menurut Maznuni Che Yusof, 49, anaknya itu dengan Datuk Seri Vida hanyalah seorang pekerja dan majikan.

"Soal jodoh adalah ketentuan Allah, yang penting menjaga amanah yang diberi Datuk Seri Vida. Saya tahu Iqbal anak yang baik, jika ada jodoh antara mereka adalah.

"Saya tidak terkesan dengan cerita orang terhadap anak saya, sebab saya kenal Iqbal macam mana," katanya ketika ditemui di rumahnya di Banggol Chicha, di sini, hari ini.

Beliau turut mengakui ramai rakan dan saudara mara bertanya mengenai hubungan anak ketiganya dengan Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman.

Netizen telah mendakwa hubungan Iqbal dan Vida sebagai pasangan kekasih sehingga namanya menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Dalam pada itu, Iqbal menafikan bahawa dia ingin mengambil kesempatan terhadap jutawan kosmetik itu.

"Tidak tahu bagaimana cara untuk luahkan bahawa kehadiran saya di sisi Datuk Seri Vida bukanlah kerana ingin mengambil kesempatan. Buat apa nak larikan hartanya kerana akhirnya kita mati jua.

"Hidup kita bukanlah lama. Biarlah dicerca jika dengan cara itu mereka berasa tenang.

"Benar, kami sangat akrab walaupun tidak terlalu lama kenal. Namun, soal hati dan perasaan itu dalam hati. Kita tidak boleh menafikan. Tidak pula cepat membuat keputusan.

"Saya pun fikir panjang, untuk keluarga dan terutamanya untuk kebahagiaan dia. Pihak keluarganya tidak menggalakkan kami berkahwin, bukan hanya dengan saya malah dengan mana-mana lelaki pun disebabkan serik tiga kali perceraian," katanya yang sudah setahun bekerja sebagai pembantu peribadi kepada usahawan itu


Sumber - Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Daftar disini aja, buruan u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  3. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "