Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sedih Ada Berita Lapor Saya Cuba Gelapkan Wang Sumbangan - Pengetua

4 Okt 2017
2 ulasan

Kuala Lumpur: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Mohd Zahid Mahmood melahirkan rasa sedih selepas dia dituduh cuba menipu dalam urusan pembahagian wang sumbangan, lapor Harian Metro.

“Saya sedih apabila dituduh cuba menggelapkan wang sumbangan diterima daripada orang ramai, padahal saya sudah melantik juruaudit bertauliah bagi mengemaskini wang diterima,” ujar beliau.

Menurut beliuau, berita itu telah disebarkan oleh beberapa portal berita yang tidak bertanggungjawab dan merupakan satu tuduhan yang berniat jahat.

“Urusan mengenai wang sumbangan sudah diserahkan kepada juruaudit dan ia mengambil masa sebelum pembahagian dilakukan kepada waris,” katanya.

Beliau menegaskan, tidak timbul sama sekali dia cuba melambatkan proses pembahgian atas sebab mahu menyelewenf kerana pembahagian hanya boleh dibuat selepas audit selesai dijalankan.

“Saya tak pasti bila audit akan selesai sebabnya bukan bidang kerja kita. Cuma, apa yang boleh saya maklumkan adalah kami akan berbincang mengenai peratusan pembahagian pula sebaik proses itu selesai.

“Hanya selepas itulah baru kami panggil semula waris untuk proses pembahagian yang akan disaksikan peguam bagi mengelak sebarang isu berbangkit,” katanya.

Terdapat sebuah portal berita sebelum ini melaporkan seorang waris telah mempersoalkan ke mana perginya wang derma daripada orang ramai berkenaan.

Laporan itu juga menyebut ibu mangsa kebakaran yang tidak mahu nama didedahkan belum menerima satu sen pun wang dikumpul dan menuntut Zahid memberi penjelasan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. inilah dia umat akhir zaman. Hanya mahu rakyat berpecah belah, mengapi-apikan kedua-dua belah pihak. Adakah kau Dajjal? jika bukan apa yang kau dapat? Puaskah? hanya didunia yang sementara ini, adakah berbaloi? Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, lagikan kita rakyat biasa dan kerdil ini mahu mempertikaikannya

    BalasPadam
  2. Hallo kami bandar online TOGEL dan Games Online dengan freechips setiap hari, dan Togel dengan 3 pasaran resmi ( Sydney, Singapure dan Hongkong ) dan juga menyediakan 11 games casino online dengan permainan menarik dari kami di Kelinci99 dengan minimal deposit hanya 20rb saja dan minimal withdraw 50rb dengan pelayanan cs kami 24 jam melayanin anda semua dengan proses tercepat dari kami proses tidak sampai 2 menit silahkan bergabung ya pin bb 2B1E7B84

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "