Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika Di Penghujungnya Tetap Tiada, Siti Reda - Wartawan Kongsi Perbualan Lamanya Dengan Siti Nurhaliza Yang Buat Orang Ramai Rasa Hiba

15 Okt 2017

Rakyat Malaysia menerima dengan gembira apabila penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan bahawa beliau sudah hamil 4 bulan.

Wajah keterujaan penyanyi itu terserlah pada malam tersebut ketika beliau berkongsi dengan para wartawan berita gembira itu sekaligus menjawab persoalan mengapa beliau menyepi selama 4 bulan ini.

Seorang wartawan senior Utusan Online, Tengku Khalidah Tengku Bidin, semalam memuat naik satu perkongsian ke Facebook yang merupakan perbualan beliau dengan Datuk Siti Nurhaliza pada awal tahun ini.

Perbualan yang agak menyedihkan itu jelas membuatkan pengikut-pengikut Tengku Khalidah merasa hiba atas ujian yang telah ditempuh oleh Datuk Siti.

Menurut Tengku Khalidah, banyak yang diperbualkan oleh Siti dan beliau namun ada satu yang berbekas di jiwanya sampai sekaran.

Satu yang berbekas di jiwa saya sampai sekarang.

"Siti dah pasrah. Kalau ditakdirkan takda rezeki untuk Siti mengandung, takda rezeki untuk ada zuriat sendiri, Siti dah reda (redho).

"Siti percaya, dalam berkasih sayang dengan suami, bukan hanya anak yang menjadi keutamaan. Ada banyak lagi cara lain yang boleh kita pupuk untuk terjemahkan kasih sayang Siti dan suami."

Demikian dia berkongsi rasa. Saya renung dia. Kemudian saya tanya lagi sekali, pastikah Siti reda? Jika tidak juga diberikan rezeki?

Jari jemari dia menari-nari, kanan di atas kiri. Dia pandang arah sebuah kusyen empuk yang ada atas pahanya. Bab ini sangat sensitif untuk dibicarakan, tetapi dia kekal 'memberi'.

Tidak menjadikan bicara zuriat sesuatu yang tabu sama sekali (meskipun saya yang bertanya beberapa kali sangsi, bimbang hati dia terluka), dia masih santai santai dan sudi berkongsi lalu kemudian dia memberitahu.

"Siti masih berusaha. Siti takkan kalah berdoa dan berdoa dan Siti percaya kepada rezeki. Tetapi kalau takdirnya sampai ke tua Siti tak diberi rezeki itu, Siti reda jua."

Saya pula yang nak menangis waktu itu. Dalam hati, saya kata kepada diri sendiri "Ya Allah, hebatnya hambaMu yang seorang ini menerima takdir dan rezeki hidupnya. Dia sangat tahu apakah maknanya menjadi seorang hamba yang tertakluk kepada Qada' dan Qadar yang Engkau berikan bersama semua kelahiran."

Diharap agar Datuk Siti dan kandungannya baik-baik saja sekarang dan semoga semua dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin..

Sumber: FB Tengku Khalidah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam
  2. Mari coba keberuntungannya disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g,
    Kontak bbm 7ACD8560 :D

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

  4. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "