Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ezlynn Berang Rumah 'Dirompak' Suami Sendiri, Luahkan Perasaan Di Laman Instagram

16 Okt 2017
2 ulasan

Penyanyi  yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn berang apabila rumahnya dipercayai telah 'dirompak' oleh suaminya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 38.

Menurut Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35,  rumahnya didapati semua barang berharganya sudah lesap dan pagar rumahnya tiada.

Ezlynn memuat naik beberapa foto yang menunjukkan keadaan rumahnya yang telah 'dipecah masuk' itu beserta kapsyen yang meluahkan perasaan kesalnya itu terhadap suaminya yang disifatkannya sebagai jahat dan tidak berguna.



"Saya balik rumah untuk ini? Rumah saya tidak ada pagar lagi. Apa dah jadi dengan pagar! Barang hilang lagi. 

"Kena rompak... aku kerja hari-hari penat cari duit kau ambil semua duit aku. Sekarang barang-barang semua kau ambil kau rosakan rumah. 

"Kau memang jahat! Suami tak guna, kawan tak guna, pengurus tak guna. Menyesal aku kenal kau seumur hidup aku," tulis Ezlynn.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu juga Ezlynn mendedahkan bahawa selama ini dia yang menanggung semua hutang-hutang suaminya.

Jelas Ezlynn juga, dia tidak akan sama sekali menghalalkan duit yang telah diambil lelaki tersebut.

"Kau buat... hutang aku tanggung semua. Aku diam kau naik kepala. Hutang tidak mahu bayar asyik bercuti saja. Kerja tidak mahu. Ya Allah kau perdengarkanlah hati aku ini ya Allah. 

"Dengarkan doaku ya Allah. Tidak ku halalkan setitik pun keringat aku yang sesen pun duit aku yang kau ambil," ujarnya.


Terdahulu, Ezlynn telah memfailkan permohonan cerai cara baik terhadap suaminya pada 20 April lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.

Bagaimanapun Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 23 Oktober depan untuk laporan hakam berhubung kes perceraian mereka selepas kedua-dua pihak tetap mahu meneruskan perceraian walaupun selepas melalui proses timbang tara.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo daftar dan main disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g ( 7acd8560 )
    Jangan ragu menang berapa pun pasti akan di proses :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "