Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''11 Tahun Datuk Siti Terpaksa Berkorban Sebab Tak Putus Asa Ikhtiar Untuk Dapat Anak'' - Pengurus

19 Okt 2017

Rozi Abdul Razak, pengurus kepada penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza melalui kemas kini di Instagramnya berkongsi kisah dan pengorbanan penyanyi tersebut dalam usaha untuk menimang cahaya mata selama 11 tahun.

Rozi yang juga kakak ipar Siti memberitahu bahawa penyanyi tersohor tanah air itu tidak pernah berputus asa menjalani rawatan kesuburan hingga menyebabkan saiz badan Siti berbeza atau lebih berisi selepas berkahwin.

Namun Siti tidak pernah berputus asa malah sentiasa bersenam dan mengamalkan diet untuk kekalkan bentuk tubuh badan yang menarik jika perlu tampil dalam persembahan atau sebagainya.

Katanya lagi, Siti akan kembalai menjalani rawatan kesuburan selepas selesai sahaja memenuhi undangan nyanyian, malah rutin tersebut berulang sehingga 11 tahun lamanya.

Berikut adalah kemas kini Instagram Rozi mengenai Siti :

"Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti 'pantang' bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.

"Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahayamata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.

"Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh 'google' jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.

"Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.

"Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih 'presentable' di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.

"Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa. 

Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya," tulisnya

Entri yang dikemas kini oleh Rozi tersebut mendapat perhatian peminat Siti yang mendoakan agar proses kehamilan penyanyi tersebut dan kelahiran bayi sulungnya berjalan lancar.

Jumaat lalu, Siti yang juga isteri kepada Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa mengumumkan kehamilannya yang sudah berusia empat bulan ketika itu.

Sumber : Astro Awani

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Daftar disini aja, buruan u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  3. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "