Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Sebarang Permohonan Pesta Gay Di Kuala Lumpur, Kalau Adapun Tidak Akan Diluluskan

22 Sep 2017
2 ulasan

Kerajaan tidak akan benarkan sebarang penganjuran pesta gay seperti yang tular akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September ini, lapor Sinar Harian.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini penganjur acara berkenaan belum membuat sebarang permohonan permit untuk menganjurkan acara itu.

"Saya telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak meluluskannya permit acara ini, jika diteruskan juga maka acara itu dianggap sebagai perhimpunan haram,” katanya.

Sebelum ini, tular dilaman sosial yang acara pra-pesta gay akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September ini selepas laman Facebook “White Party Bangkok” yang merupakan  laman promosi perhimpunan gay telah memuatnaik poster Kuala Lumpur destinasi mereka seterusnya selepas dijadualkan berlangsung pada 28 Disember ini di Thailand.



Ahmad Zahid berkata, beliau telah menerima laporan daripada Bukit Aman berhubung penganjuran acara itu dan meminta polis untuk bertindak sewajarnya.

Selain itu, beliau juga telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk bertindak tegas dengan tidak mengeluarkan sebarang visa memasuki negara ini terhadap rakyat asing yang ingin menghadiri acara yang memalukan itu.

“Kita sedang meneliti nama–nama individu yang berkenaan dan akan meletakkan mereka dalam kategori ‘not to let’ (tidak dibenarkan masuk di pintu masuk negara).”

“Apa yang dirancang mereka ini adalah sesuatu yang di luar perlakuan manusia normal.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya telah mengarahkan PDRM dan Jabatan Imigresen supaya memantau secara terperinci agar White Party ini tidak dilakukan di negara ini sama ada secara terbuka atau tertutup,” katanya. - Siakapkeli.my

BACA: Selepas Pesta Arak, Pesta Gay Pula Dirancang Akan Diadakan Di Kuala Lumpur
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "