Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dah Kena Cekup, Lelaki Hina Kemangkatan Sultan Abdul Halim Berjaya Ditahan Di Rumah

13 Sep 2017

Seorang lelaki berusia 21, telah berjaya ditangkap yang dipercayai telah memuat naik posting berunsur penghinaan terhadap Almarhum DYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj yang mangkat pada petang Isnin lalu.

Menurut  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial CP Dato’ Sri Acryl Abdullah Sani
suspek ditahan pada jam 12.27 tengah malam tadi di sebuah rumah di Genting Highland Pahang.

"Hasil siasatan, suspek akan direman selama dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas adalah seunit telefon bimbit jenama Apple Model iPhone 7 plus serta seunit laptop MSI Gaming G Series.

BACA: Padah Hina Almarhum Sultan Kedah, Lelaki Ini Diburu Polis

Sementara itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah juga sedang mengesan seorang lelaki Melayu yang turut memuat naik posting berunsur penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.


Kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Siakapkeli.my

Sumber- Polis Diraja Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "