Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Kerja Gila,' Kelibat Lelaki Dirakam Melekap Pada Cermin Depan Kereta Api Sedang Bergerak 110km/j

26 Sep 2017

Seorang lelaki berusia 23 tahun dirakam melekap pada cermin di luar kereta api sedang bergerak di Perth pada Sabtu lalu.

Lelaki itu ditahan selepas berada di belakang kereta api dengan kelajuan sehingga 110 kilometer sejam.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam lelaki terbabit boleh terbunuh dengan mudah jika terjatuh.

“Dia berada di cermin kaca depan, dia mungkin akan terjatuh ke permukaan rel dan penahan konkrit yang tidak begitu bagus, dia pasti akan terbunuh jika tidak luka dan tercedera,” kata David Hynes.




Seorang Pegawai Jalan Utama melihat lelaki itu sekitar jam 4:30 petang di antara stesen Leederville dan Glendalough semasa memantau lalu lintas, dan segera memberitahu Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam.

Hasil pantauan CCTV lelaki tersebut turun dari belakang kereta api dan masuk ke dalam kereta api setelah tiba di stesen berikutnya.

Dia ditahan selepas tiba di Stesen Stirling diiringi Pegawai Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam.

“Mereka mahu mendapatkan publisiti dengan video berada di Facebook dan Youtube selepas kejadian itu, kata Hynes.

“Orang tidak boleh bertindak bodoh di sekitar landasan keretapi, ini adalah infrastruktur yang serius dan mereka boleh menyebabkan kematian dan sudah tentu mereka boleh menyebabkan kecederaan serius, tambahnya.

Sementara itu, lelaki itu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental dan boleh menghadapi pertuduhan menceroboh harta milik Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam.

Sumber - Mobile. Abc
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. 🔔🔔PENGHUJUNG BULAN MESIN HOT MUNTAH 🌹🔔
    SWIN1688 SENANG DAPAT ANGPAU & JACKPOT.
    JOM TRY LUCK MANY UNIQUE GAMES PAYOUT.
    🐄🐄NIUNIU BET~ FIGHT BULL🐄🐄

    Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    BIT.LY/60143227846

    #SCR888 --> Kimochi
    #SKY777 --> Pocketmon
    #SKY99 --> Three kingdom
    #JOKER123 --> Safari life
    #LPE88 --> Fruitmania
    #GW99 --> Great Blue

    - WELCOME BONUS 30%
    - REFER BONUS 20%
    - DAILY BONUS 10%
    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - WE ARE 24 OPERATOR SERVICE/
    - 100% TRUSTED SINCE 2015. BESMART PLAYERS.
    - LEBIH DARI +1000 KIND OF SLOTGAMES & UPDATE SETIAP SAAT.
    - HARI HARI JACKPOT.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "